awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama NGO, swasta model terbaik bina masyarakat berteraskan nilai - Ahmad Zahid
Indonesia tarik balik sekatan, Grok dibenar beroperasi semula selepas jaminan X
Seorang lagi ahli 'Geng Captain Praba' direman, 15 lagi dalam buruan - KPN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WHO gesa lebih banyak negara terima pesakit dari Gaza

Bernama
Bernama
17/07/2025
12:15 MYT
WHO gesa lebih banyak negara terima pesakit dari Gaza
TEDROS: Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyelia pemindahan perubatan 35 pesakit, kebanyakannya kanak-kanak, dari Gaza ke Jordan, diiringi oleh 72 ahli keluarga. - Gambar fail/AP
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa lebih banyak negara untuk menerima dan merawat pesakit dari Semenanjung Gaza, susulan pemindahan perubatan sekumpulan pesakit, kebanyakannya kanak-kanak ke Jordan, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
"Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyelia pemindahan perubatan 35 pesakit, kebanyakannya kanak-kanak, dari Gaza ke Jordan, diiringi oleh 72 ahli keluarga," kata Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus, di platform X pada Rabu.
"Kami berterima kasih kepada Kerajaan Jordan atas sokongan berterusan dan pemberian rawatan khusus kepada pesakit yang kritikal," kata beliau.
"Lebih daripada 10,000 orang di Gaza masih memerlukan pemindahan perubatan," katanya lagi.
"Kami menggesa lebih banyak negara untuk menerima pesakit bagi pemindahan perubatan kerana nyawa mereka bergantung padanya. Terlalu ramai yang sedang menunggu," katanya.
WHO turut memperbaharui gesaannya agar koridor perubatan diperluas, termasuk pemulihan sepenuhnya laluan rujukan tradisional ke hospital di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur, seperti yang wujud sebelum perang.
Menurut WHO, pada kadar semasa, ia akan mengambil masa bertahun-tahun untuk memindahkan semua pesakit Gaza yang memerlukan rawatan.
Pertubuhan itu turut menyatakan yang serangan udara serta kekurangan bekalan perubatan, makanan, air dan bahan api di Gaza "hampir melumpuhkan" sistem kesihatan yang kekurangan sumber, dengan banyak hospital tidak lagi beroperasi dan fasiliti lain berfungsi dalam keadaan sangat terhad.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO
#pesakit dari Gaza
#Tedros Adhanom Ghebreyesus
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan