GENEVA: Negara yang sudah mencapai sasaran 40 peratus vaksin, digesa untuk sedia bertukar-tukar jadual penghantaran vaksin dengan kemudahan perkongsian vaksin, berikutan 82 negara berisiko gagal mencapai sasaran vaksinasi global menjelang hujung tahun ini.
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus memberitahu mesyuarat kemuncak G20 di Rom bahawa tujuh bilion vaksin menentang COVID-19 sudah diberikan di seluruh dunia ketika ini, tetapi beliau turut memberikan amaran.
"Negara berpendapatan rendah, kebanyakannya di Afrika hanya menerima 0.4 peratus vaksin terbabit dengan lebih 80 peratus lagi vaksin diedarkan kepada negara G20," lapor Anadolu memetik kenyataan Tedros.
Beliau menjelaskan, memang kesaksamaan perolehan vaksin bukan kebajikan tetapi ia adalah untuk kebaikan semua negara.
"Kami mengalu-alukan sokongan anda terhadap sasaran WHO untuk memberikan vaksin kepada 40 peratus populasi setiap negara menjelang akhir tahun ini dan 70 peratus pada pertengahan 2022," kata Tedros sambil menambah, 82 negara berisiko gagal mencapai sasaran itu.
"Bagi kebanyakan negara, kekangan yang mereka hadapi adalah tidak cukup bekalan bukan aspek kemampuan." katanya.
Sehubungan itu, Tedros berkata, negara yang sudah mencapai sasaran 40 peratus diminta sedia menukar jadual penghantaran mereka dengan COVAX, kemudahan pengagihan global untuk memastikan pengedaran saksama vaksin serta dengan AVAT, Tabung Amanah Pemerolehan Vaksin Afrika.
Ketika G20 bersidang kurang setahun lalu selepas wabak melanda, 1.5 juta terkorban akibat COVID-19 dan setahun kemudian, jumlah itu meningkatkan kepada lima juta, kata ketua WHO itu.
"Kami merayu anda untuk menyokong pengeluarn vaksin domestik di Afrika," katanya dan menggesa negara yang sebelum ini berjanji untuk menyumbang vaksin supaya segera mengotakan janji mereka.
Beliau juga merayu negara anggota G20 supaya membiayai fasiliti Penggalak Akses COVID-19, yang memerlukan US$23.4 bilion untuk tempoh 12 bulan akan datang, bagi membolehkan saringan, rawatan dan vaksin dihantar ke kawasan yang benar-benar memerlukan.
Tedros turut merayu sokongan terhadap cita-cita tinggi G20 bagi membentuk Pasukan Petugas Kewangan-Kesihatan yang mempunyai kaitan dengan dana kewangan, bagi memperkasa tahap kesiapsiagaan dan pembiaan tindak balas wabak.
WHO turut berharap negara G20 dapat meluluskan satu perjanjian atau treaty antarabangsa yang terbit dari perlembagaan WHO serta melabur untuk mengukuh dan membiayai WHO.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 31 2021
Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus memberitahu mesyuarat kemuncak G20 di Rom bahawa tujuh bilion vaksin menentang COVID-19 sudah diberikan di seluruh dunia ketika ini, tetapi beliau turut memberikan amaran. - Gambar fail/AP
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
WHO hantar pakar ke Congo siasat wabak penyakit misteri
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menghantar pakar ke Republik Demokratik Congo untuk membantu pihak berkuasa kesihatan tempatan menyiasat wabak penyakit baharu yang membawa maut.
Penyelidikan Australia kaitkan diet tidak sihat dengan kanser membawa maut
Penyelidikan terkini di Australia mendapati terdapat kaitan antara pemilihan diet yang tidak sihat dengan risiko kanser yang boleh membawa maut.
Waspada, kekal cakna ancaman mpox menjelang musim cuti akhir tahun - Pakar
Menjelang musim cuti akhir tahun, orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengambil berat kebimbangan kesihatan termasuk yang berkaitan penyakit Mpox.
Mpox kekal sebagai kecemasan kesihatan awam global - WHO
Ketua Pengarah WHO mengumumkan bahawa virus mpox terus menjadi kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan dunia.
Malaysia berpotensi jadi peneraju penyelidikan ubat botani
Malaysia, yang memiliki lebih 15,000 spesies tumbuhan ubatan, mempunyai potensi besar untuk menerajui penyelidikan ubat botani, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Malaysia berhadapan 87,000 kematian akibat Kerintangan Antimikrob menjelang 2030 jika tiada intervensi
Malaysia bakal menyaksikan unjuran kematian sebanyak 87,000 sekitar 2020 hingga 2030 sekiranya tiada sebarang intervensi dibuat bagi memerangi Kerintangan Antimikrob (AMR).
WHO keluar amaran kes campak melonjak di peringkat global
Anggaran kes global pada 2023 mencecah 10.3 juta, dengan hampir 110,000 kematian direkodkan.
WHO bakal muktamadkan perjanjian pandemik global menjelang Mei
Amprou menekankan bahawa dengan komitmen politik yang kukuh daripada negara anggota, rundingan "sedang berjalan ke arah yang diharapkan".