awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

YouTube boleh siar video anti Islam - Mahkamah Rayuan AS

AFP
AFP
19/05/2015
01:06 MYT
YouTube boleh siar video anti Islam - Mahkamah Rayuan AS
11 orang panel juri 9th Circuit Court of Appeals menyebelahi Youtube dan menolak keputusan mahkamah tahun lalu yang mengarahkan agar penyiaran video fInnocence of Muslims di laman web berkenaan ditarik balik.
Sebuah mahkamah rayuan di Amerika Syarikat hari ini membuat keputusan bahawa saluran video YouTube yang dimiliki oleh Google, tidak sepatutnya dihalang dari menyiarkan video filem Innocence of Muslims yang pernah membangkitkan kemarahan umat Islam.
Seramai 11 orang panel juri 9th Circuit Court of Appeals menyebelahi YouTube dan menolak keputusan mahkamah tahun lalu yang mengarahkan agar penyiaran video tersebut di laman web berkenaan ditarik balik.
Aktres Cindy Lee Garcia mengambil tindakan undang-undang berdasarkan hujah bahawa kemunculannya selama lima saat dalam filem berkenaan memberikannya hak untuk menghalang filem itu disiarkan tanpa keizinannya.
Petikan itu diambil dari hasil kerja Cindy untuk filem lain, dan ia kemudiannya dialih suara, dengan dialog untuk watak yang dipegangnya menghina agama Islam, seperti yang dicatatkan dalam kenyataan kesnya.
Filem itu mencetuskan kemarahan masyarakat Islam di negara itu dan ia kemudiannya membawa kepada cubaan untuk mewujudkan fatwa agar semua yang terlibat dalam filem tersebut dihukum bunuh.
Topic Berkaitan
#Innocence of Muslims
#YouTube
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan