Skip to main content

Dunia

YouTube gantung lima saluran milik junta

51605149958_Youtube.jpg
YOUTUBE menggantung lima saluran yang dimiliki junta tentera Myanmar.

Platform perkongsian video itu memaklumkan pada Jumaat, saluran itu digantung kerana melanggar garis panduan komuniti.

Penggantungan ini dipercayai ada kaitan dengan keganasan tentera terhadap penunjuk perasaan.

Saluran yang terlibat termasuk rangkaian saluran televisyen negara, MRTV, serta media yang dikaitkan secara langsung dengan junta, Myawaddy Media, MWD Variety dan MWD Myanmar.

YouTube turut menarik semula siaran beberapa video terlibat.

Jelas jurucakap YouTube, kesemua saluran berkenaan melanggar beberapa peraturan ditetapkan mereka.

YouTube dimiliki Alphabet, syarikat induk Google.




Advertisement

Must Watch Video