awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

YouTube umum video zirafah bunting di zoo catat rekod lebih 200 juta tontonan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
18/04/2017
06:13 MYT
YouTube umum video zirafah bunting di zoo catat rekod lebih 200 juta tontonan
April melahirkan anaknya Sabtu lalu dan seperti dijangka, jumlah tontonan naik mendadak.
SALURAN YouTube zoo Animal Adventure Park, yang memaparkan kehidupan seekor zirafah betina di situ kini berada di tempat kedua dalam senarai saluran penstriman secara langsung dengan jumlah tontonan paling ramai di YouTube.
Zirafah bernama April itu menjadi bintang internet selepas zoo Animal Adventure Park, New York memulakan penstriman secara langsung berkenaan Februari lalu.
Jumlah tontonan yang tinggi itu dibantu oleh fakta bahawa April ketika itu sedang bunting, dan ramai penonton tidak sabar menantikan detik April melahirkan anaknya.
April melahirkan anaknya Sabtu lalu dan seperti dijangka, jumlah tontonan naik mendadak.
YouTube dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan, saluran itu mencatatkan 232 juta tontonan, dengan masa tontonan mencecah 7.6 bilion minit.
Jumlah penonton yang menonton April melahirkan anak secara langsung pula adalah 14 juta.
Saluran itu juga kini berada di tempat kelima dalam senarai saluran yang paling pantas mencecah angka tontonan melebihi 200 juta, di belakang beberapa selebriti seperti Lady Gaga dan Zayn Malik.
Topic Berkaitan
#anak
#April
#YouTube
#zirafah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan