awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zelensky berucap kepada rakyat Ukraine sempena Hari Natal

Bernama
Bernama
25/12/2022
02:45 MYT
Zelensky berucap kepada rakyat Ukraine sempena Hari Natal
Pokok Krismas dilihat di hadapan sebuah gereja di Kiev, Ukraine, 24 Dis, 2022. REUTERS
KYIV: Dalam perutusan sempena Hari Natal yang penuh emosi, Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky meminta rakyatnya untuk kekal tabah berdepan serangan, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
"Kita telah mengharungi serangan, ancaman nuklear, keganasan dan serangan peluru berpandu.
"Kami percaya akan tiba saatnya air mata akan memberi laluan kepada kegembiraan dan harapan," kata Zelensky.
Dalam video itu, beliau berdiri dalam kegelapan di jalan dengan berlatarbelakangkan pokok Krismas.
Presiden itu mengingatkan rakyat Ukraine yang telah melarikan diri ke luar negara atau berada dalam tahanan Rusia bahawa "Kami akan mengembalikan kebebasan kepada semua rakyat Ukraine."
Akibat serangan Rusia ke atas infrastruktur tenaga negara ini, jalan raya dan rumah mungkin tidak lagi bersinar terang seperti biasa pada tahun ini, tetapi tiada dron atau peluru berpandu Rusia mampu mematahkan semangat Krismas, katanya.
"Meskipun dalam kegelapan.. dan jika tiada alat pemanas, kami akan memanaskan diri dengan pelukan yang erat.
"Kami tidak akan menunggu keajaiban, kami akan melakukannya sendiri," kata Zelensky.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#krisis Rusia-Ukraine
#Hari Natal
#Volodymyr Zelensky
#Krismas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan