awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

13 juta penduduk Malaysia pilih dengar Astro Radio setiap minggu

Astro Awani
Astro Awani
31/10/2014
03:33 MYT
13 juta penduduk Malaysia pilih dengar Astro Radio setiap minggu
13 juta penduduk memilih untuk mendengar siaran radio daripada Astro
Astro Radio kekal menguasai seluruh rangkaian stesen radio di Malaysia dengan jumlah keseluruhan 13 juta pendengar setiap minggu berbanding keputusan kaji selidik sebelum ini seramai 12.6 juta.
Ia berdasarkan keputusan terkini yang dikeluarkan oleh Pengukuran Pendengar Radio Nielsen, Liputan 2, 2014.
"Dari perspektif kedudukan, hasil kajian memperlihatkan bahawa kedudukan stesen ERA fm, THR (Raaga dan Gegar) juga SINAR fm masih kekal kedudukannya sebagai tiga stesen radio teratas di negara ini.
"Ketiga- tiga stesen ERA fm dan THR (Raaga dan Gegar) di laporkan mempunyai peningkatan pendengar setiap minggu masing – masing dengan jumlah 5.2 juta, 3.8 juta dan 3.7 juta pendengar.
"Seterusnya, Rancangan Sarapan Pagi di Astro Radio turut mengekalkan takhtanya pada kedudukan tiga stesen teratas di negara ini," katanya.
Jelasnya, stesen – stesen di bawah payung Astro Radio seperti ERA fm, hitz fm, MY FM dan THR Raaga terus menguasai takhta bergelar stesen radio No.1 dalam kategori Bahasa masing- masing iaitu Bahasa Malaysia, Inggeris, Cina dan Tamil. THR Gegar, juga telah mengekalkan kedudukan sebagai stesen radio No.1 di sekitar Pantai Timur, termasuklah di Kelantan, Terengganu dan Pahang dengan jumlah pendengar seramai 1.9 juta.
"Kami di Astro Radio ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pendengar setia yang telah memberikan sokongan padu terhadap stesen- stesen di Astro Radio.
"Kedudukan kami sebagai peneraju industri radio pada hari ini adalah kerana adanya bakat-bakat popular di setiap stesen dan memiliki pelbagai program radio yang inovatif. Kami turut gembira melihat adanya peningkatan dari sudut pendengar Astro Radio terutamanya bagi gelombang SINAR fm, THR (Raaga dan Gegar), Lite FM dan MELODY FM," jelasnya.
Katanya lagi, aliran radio pada era ini terus berkembang dan aspirasi kami adalah kekal sentiasa berada di hadapan landasan ini dengan memberi tumpuan kepada isi-isi kandungan secara setempat, memperkenalkan kepelbagaian teknologi baru yang akan mendorong para pedengar, merumuskan strategi pemasaran dan pengiklanan selaras dengan citarasa pendengar yang sentiasa berubah-ubah.
"Kami kekal memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan-pelanggan, dengan menyajikan pelbagai idea kreatif yang kukuh, pelaksanaan kempen yang mantap merangkumi pelbagai aset digital yang ada ketika ini termasuklah pasukan ‘on ground’ dan adanya kerjasama dari pihak Astro.
"Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penaja, rakan-rakan kongsi, dan syarikat-syarikat pengiklanan diatas kepercayaan dan keyakinan mereka terhadap Astro Radio," ujarnya.
Dalam pada itu katanya, Astro Radio juga akan terus menghasilkan isi-isi kandungan yang inovatif untuk mencuri hati para pendengar.
Jelasnya, pendekatan yang dibuat adalah sentiasa untuk terus mendorong pasukan yang ada untuk lebih maju, melakukan sesuatu yang lebih dan perbanyakkan pelaburan.
"Hari ini, rakyat Malaysia bukan sahaja dapat mendengarkan celoteh penyampai kegemaran mereka melalui gelombang radio, malah mereka boleh mengakses Astro Radio selama 24 jam di mana sahaja dan juga melalui aplikasi Raku dan laman sesawang yang telah menjadikan stesen kami benar-benar boleh diakses di mana dan pada bila-bila masa sahaja," katanya.
Topic Berkaitan
#Astro
#era
#Kajian
#Nielsen
#pelaburan
#radio
#THR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan