awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

22 syarikat produksi terima insentif tayangan filem hampir RM2 juta

Bernama
Bernama
14/11/2023
10:08 MYT
22 syarikat produksi terima insentif tayangan filem hampir RM2 juta
Azmir Saifuddin berkata syarikat berkenaan berjaya menerbitkan 22 tajuk filem cereka yang berdaftar melalui Skim Wajib Tayang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) hari ini menyerahkan Insentif Tayangan Filem Cereka 2.0 (ITFC 2.0) kepada 22 syarikat produksi keseluruhan berjumlah hampir RM2 juta.
ITFC merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Finas bagi membantu dan menggalakkan penerbit filem menghasilkan filem cereka tempatan, secara tidak langsung menjana pembangunan industri filem melalui strategi galakan dan industri kepada penggiat industri.
Ketua Pegawai Eksekutif Finas Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata syarikat berkenaan berjaya menerbitkan 22 tajuk filem cereka yang berdaftar melalui Skim Wajib Tayang.
"Inisiatif ini boleh membantu penerbit di samping mendorong penggiat industri filem tanah air terus menghasilkan lebih banyak filem cereka," katanya selepas menyampaikan insentif berkenaan di sini hari ini.
Selain itu, beliau menyeru penggiat industri filem supaya menghasilkan filem yang bermutu tanpa mengabaikan aspek memperkukuh identiti Malaysia dalam sesebuah karya.
Menurut Azmir Saifuddin ini sekali gus mempromosikan kekayaan budaya, bakat serta kreativiti dalam industri berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#insentif tayangan filem
#FINAS
#KKD
#Azmir Saifuddin Mutalib
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan