ENTERTAINMENT
7 tahun berehat, G-Dragon pilih rakam lagu dengan syarikat milik produser muzik Palestin

Keputusan G-Dragon bernaung di bawah Empire mendapat sambutan hangat dan sokongan peminat, yang bangga dengan pilihannya menyokong Palestin. -Gempak
SELEPAS tujuh tahun berehat dari industri muzik Korea, penyanyi terkenal G-Dragon akhirnya memilih untuk bernaung di bawah syarikat rakaman bernama Empire milik seorang warganegara Palestin.
Ringkasan AI
- Selepas tujuh tahun berehat, G-Dragon kembali ke industri muzik Korea dengan menandatangani kontrak bersama syarikat rakaman Empire milik warganegara Palestin, Ghazi Shami.
- Keputusan G-Dragon untuk bernaung di bawah Empire mendapat sambutan hangat dan sokongan daripada peminat, yang bangga dengan pilihannya untuk menyokong Palestin.
- G-Dragon telah melancarkan muzik video terbaharunya berjudul 'Power' sebagai sebahagian daripada kemunculan semulanya.
Walau bagaimanapun, pilihan penyanyi terkenal itu menjadi topik hangat di semua media sosial kerana keputusannya untuk menyokong para saudara di Palestin serta menolak tawaran daripada pelbagai syarikat besar yang ingin dia bernaung bersama mereka.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat turut berasa bangga dengan pilihan G-Dragon untuk bernaung di bawah syarikat rakaman tersebut.
Sekadar info, penyanyi G-Dragon telah mengeluarkan muzik video terbarunya yang berjudul ‘Power’ selepas tujuh tahun berehat dari dunia industri muzik di Korea. -Gempak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami