awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Museveni menang Pilihan Raya Presiden Uganda
PRK Lamag: Mohd Ismail lancar manifesto, kemuka tujuh tawaran
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adam Shahz saran menteri pendidikan wajibkan kokurikulum untuk pelajar

Gempak
Gempak
28/08/2018
02:08 MYT
Adam Shahz saran menteri pendidikan wajibkan kokurikulum untuk pelajar
Adam mula dikenali selepas membintangi filem dan siri drama Juvana. Foto Twitter Adam Shahz
MENERUSI laman Twitter, pelakon Adam Shahz menyarankan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik untuk mewajibkan aktiviti kokurikulum kepada pelajar sekolah menengah.
Adam berpendapat aktiviti kokurikulum di sekolah dapat membendung masalah sosial di kalangan remaja.
"Kokurikulum beruniform sekurang-kurangnya dapat memupuk remaja berdisiplin dan membina jati diri yang kukuh selari dengan hasrat menteri dalam mewujudkan generasi muda pemimpin negara.
"Selain itu, kokurikulum beruniform juga boleh mengelakkan remaja dari melakukan aktiviti yang tidak sihat seperti kegiatan 'ravers' dan bermacam lagi.
"Memandangkan tidak ada lagi kewujudan PLKN, modul kegiatan kokurikulum di peringkat sekolah menengah perlu dikaji selidik, sedikit sebanyak remaja sekolah kurang terdedah dengan gejala tidak bermoral," tulisnya.
Pelakon ini menyertakan 'tag' akaun rasmi Twitter milik Maszlee di setiap status yang dimuat naiknya sejak semalam.
Adam telah memulakan kariernya sebagai pelakon pada tahun 2011 dan mula dikenali selepas membintangi filem dan siri drama Juvana bergandingan bersama Johan As'ari, Zahiril Adzim dan Syazwan Zulkifly.
Topic Berkaitan
#Adam Shahz
#disiplin
#generasi muda
#khidmat negara
#kokurikulum
#Maszlee Malik
#menteri
#pelajar
#pelakon
#pemimpin
#pendidikan
#plkn
#remaja
#sekolah
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan