awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh bot nelayan Filipina ditahan, ceroboh perairan Pulau Balambangan
Diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina 2026
3 maut dalam nahas pesawat ringan di selatan Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

At Adau memukau di SAREF 2019

Nazim Chee
Nazim Chee
10/12/2019
04:56 MYT
At Adau memukau di SAREF 2019
At Adau memberi nafas baharu kepada muzik etnik Sarawak hasil gabungan alat muzik tradisional dan moden - Foto RWMF
Suasana ketika melangkah masuk ke Pusat Konvensyen Borneo Kuching cukup menceriakan. Kedatangan para peserta Forum Tenaga Lestari dan Tenaga Diperbaharui (SAREF 2019) disapa mesra alunan sape.
Irama mengasyikkan yang diberi sentuhan moden itu dialunkan kumpulan muzik terkenal At Adau.
Kumpulan anak jati Sarawak ini memperdengarkan karya popular mereka antaranya Menjong, Storm, Stronger dan Lost and Found.
Ditubuhkan pada 2014 kembara At Adau bersama irama hutan hujan Borneo ke serata dunia tidak pernah terhenti.
Keunikan kumpulan ini adalah kreativiti mereka menggabungkan irama alat muzik tradisional dari pelbagai etnik antaranya Sape (Orang Ulu), Perutong (Bidayuh), dan Tekebung (Iban) dengan alat muzik moden .
At Adau adalah gabungan dua perkataan berlainan bahasa Etnik Borneo.
At dalam bahasa Bidayuh bermaksud akar. Adau pula adalah dari bahasa kaum Kenyah iaitu sejenis pokok yang kayunya paling sesuai dijadikan sape.
Topic Berkaitan
#At Adau
#Borneo
#Iban
#muzik
#Orang Ulu
#Sape
#Sarawak
#SAREF 2019
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan