KLIP adegan panas dalam sebuah drama dikongsi oleh pelakon, Zul Ariffin dan aktres Siti Hariesa dilaman Instagram milik kedua-duanya merupakan babak versi kedua yang dirakamkan untuk tujuan publisiti.
Memetik laporan mStar, pengarah drama, Ain Sharif berkata, adegan bocor itu merupakan rakaman kedua yang mungkin tidak ditayangkan di televisyen.
“Ya! Saya mengarahkan babak itu ... adegan adalah scene director cut.
Apa yang netizen tonton itu rakaman second version jika sesuai untuk digunakan dan sekadar untuk tujuan publisiti.
“Saya tak tahu pula Zul akan berkongsi babak itu di Instagram.
"Saya pun terkejut bila dapat tahu orang bercakap tentang hal ini tapi benda pun dah jadi, sebagai pengarah saya bertanggungjawab,” katanya ketika dihubungi mStar.
Pada malam Jumaat, Instagram Zul diserang netizen selepas dia memuat naik babak panas drama lakonannya di laman sosial.
Video memperlihatkan Zul mendukung Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan umum.
Malah video itu turut mendapat teguran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad pada Sabtu.
Dalam pada itu, Ain berkata sebagai pengarah dia hanya menjalankan amanah dan tanggungjawab sebaik mungkin bagi memastikan mesej dan jalan cerita drama sampai kepada penonton.
“Sebelum penggambaran pun kita dah bincang dan mereka setuju untuk lakonkan babak itu,” katanya.
Katanya, rakaman versi kedua dibuat untuk menjadikan drama lebih menarik dan terpulang kepada stesen televisyen sama ada untuk siarkan atau sebaliknya.
“Apa yang ditonjolkan dalam drama itu memang berlaku di sekeliling kita, saya sedar sesetengah babak agak sensitif untuk penonton tapi mereka kena tonton dahulu, fahamkan jalan cerita kerana banyak mesej positif dalam drama ini,” katanya.
Difahamkan, turut terpalit dengan kontroversi itu ialah penerbit drama, Erma Fatima.
Ain menjelaskan, babak drama berkenaan tidak ada kaitan dengan Erma Fatima.
“Dia penulis skrip dan saya memvisualkan karakter mengikut penulisan, semasa penggambaran dia banyak kali pesan jangan buat (aksi) daring sangat takut tak boleh boleh keluar televisyen.
“Dia tahu akan ada babak mereka bersama tapi tak jangka saya akan terjemahkan dalam bentuk begitu.
"Jadi netizen jangan kecam kak Erma kerana babak itu adalah arahan saya,” ujarnya.
Selain Ain, drama 30 episod ini turut diarahkan oleh pengarah terkenal Isma Yusof.
Drama lakonan Zul Ariffin, Mimi Lana dan Siti Hariesa itu akan ditayangkan pada bulan Ramadan ini di sebuah stesen televisyen swasta.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 19 2022
Klip adegan panas dalam sebuah drama dikongsi oleh pelakon, Zul Ariffin (gambar) dan aktres Siti Hariesa di akaun Instagram milik kedua-duanya merupakan babak versi kedua yang dirakam untuk tujuan publisiti. -Gambar fail/Instagram @zul_ariffin
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Yadim bantah, kesal penularan klip babak 'panas'
Soal tanggungjawab terhadap mesej yang ingin disampaikan melalui setiap karya seni perlu menjadi perhitungan utama.
Adegan panas itu adalah rakaman versi kedua - Pengarah
Pengarah drama Ain Sharif berkata adegan bocor itu merupakan rakaman kedua yang mungkin tidak ditayangkan di televisyen.
Menteri Agama tegur klip 'adegan panas' Zul Ariffin
Idris menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Sabtu menyifatkan paparan itu sebagai melampaui batas dan ia perlu ditegur.