AHLI silap mata terkenal dunia, David Copperfield berdepan tuduhan memperkosa sekurang-kurangnya 16 wanita dengan sebahagian daripada mereka di bawah umur.

Malah tiga daripada mangsa mendakwa telah diberi dadah sebelum melakukan hubungan seks.

Kesemua mangsa mendakwa bertemu Copperfield sewaktu figura berusia 67 tahun yang cukup terkenal dengan aksi silap matanya itu melakukan persembahan di serata negara.


Nafi tuduhan liar

Copperfield menerusi wakilnya bagaimanapun menafikan semua pertuduhan liar yang dilemparkan kepadanya seperti dilaporkan The Guardian.

Pihak guaman juga menegaskan klien mereka tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk serta seorang yang sangat menghormati bukan hanya perempuan tetapi lelaki.

Ironi ini bukan kali pertama Copperfield dituduh memperkosa wanita sepanjang kariernya. Dia pernah berdepan pertuduhan yang sama daripada seorang wanita pada tahun 2018.

Copperfield menafikan dakwaan memperkosa wanita yang waktu itu mendakwa dirinya berusia 17 tahun sewaktu bersama ahli silap mata tersebut. -Gempak