HIBURAN
Aina Abdul ulang alik ke Jakarta demi 'Sesaat'

Aina Abdul akan melancarkan single baharu berjudul "Sesaat" pada 26 September 2025 bersama muzik video rasmi. -Foto Gempak
SELEPAS sekian lama peminat berteka-teki, penyanyi dan komposer Aina Abdul mengumumkan bakal lancar single terbaharunya berjudul "Sesaat" pada 26 September ini lengkap dengan muzik video rasmi.
Ringkasan AI
- Aina Abdul akan melancarkan single baharu berjudul "Sesaat" pada 26 September 2025 bersama muzik video rasmi.
- Lagu ini merupakan hasil ciptaan Fabio Asher dan dirakam selepas beberapa kali Aina berulang-alik ke Jakarta.
- Peminat teruja menantikan pelancaran lagu tersebut selepas audio teaser tular sebelum ini.
“Terima kasih kepada team Fabio Asher kerana menghadiahkan lagu yang begitu indah ini! Sekali-sekala seronok juga menyanyikan hasil tulisan orang lain, kan?
“Tapi bila ia seindah ini, siapa yang sanggup menolak? Aina tak sabar nak semua orang dengar lagu penuh bersama visual yang kami sediakan… kita tunggu 26 September ini ya?” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat tidak sabar menantikan lagu terbaharu daripada Aina.
Terdahulu, peminat menjangkakan Aina Abdul bakal melancarkan sebuah lagu baharu selepas tular satu audio yang dipercayai milik pelantun lagu Jangan Mati Rasa Itu. -Gempak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami