HIBURAN
Aisha Retno nafi lagu 'Tak Adil' tiru 'Happier Than Ever'

Aisha Retno menafikan dakwaan bahawa lagu terbaharunya "Tak Adil" menyerupai lagu "Happier Than Ever" oleh Billie Eilish. -Gempak
PENYANYI dan komposer, Aisha Retno menafikan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa lagu terbaharunya, "Tak Adil" sama dengan lagu nyanyian Billie Eilish iaitu "Happier Than Ever".
Ringkasan AI
- Aisha Retno menafikan dakwaan bahawa lagu terbaharunya "Tak Adil" menyerupai lagu "Happier Than Ever" oleh Billie Eilish, walaupun mengakui terdapat sedikit inspirasi.
- Menurut Aisha, genre pop rock dan elemen jeritan dalam lagu mungkin menyebabkan persepsi tersebut, namun melodi dan penceritaan kedua-dua lagu sangat berbeza.
- Lagu "Tak Adil" merupakan ciptaan bersama Aisha dan adiknya, Radityo, dan Aisha menegaskan akan mengakui persamaan jika benar-benar wujud.
“Genre pop rock memang begitu dan mungkin sebab saya letakkan jeritan dalam lagu itu ia menyebabkan ramai yang beranggapan lagu itu sama tapi kalau kita dengar balik kedua-duanya sangat berbeza, terinspirasi itu ada tapi bukanlah 100 peratus sebab storyline sangat berbeza,” katanya.
Dalam pada itu, pelantun lagu Sutera itu juga menegaskan tidak akan sesekali menafikan sekiranya lagu tersebut mempunyai persamaan.
“Saya menafikan lagu saya sama seperti yang diperkatakan tapi kalau benar sama saya akan cakap ia sama,” tambahnya.
Lagu "Tidak Adil" merupakan ciptaan bersama Aisha dan adiknya, Radityo. -Gempak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami