awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Iran sedia sertai rundingan nuklear apabila 'pencerobohan Israel dihentikan'
MALAYSIA
AGC nafi “pendakwaan cacat” dalam kes SRC kedua libatkan Najib
MALAYSIA
Revolusi digital, peranan wartawan semakin mencabar - Zambry
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ENTERTAINMENT

Ajai dedah lagu Kesetiaan bukan asalnya milik arwah Siti Sarah

Gempak
Gempak
02/08/2024
08:46 MYT
Ajai dedah lagu Kesetiaan bukan asalnya milik arwah Siti Sarah
Ajai berkata, pada asalnya lagu Kesetiaan itu dicipta dan telah dirakamkan oleh artis wanita lain. - Gempak
KOMPOSER dan penyanyi Ajai menyifatkan lagu Kesetiaan mempunyai 'roh' atau keserasian dengan penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.
Ajai berkata, pada asalnya lagu Kesetiaan itu dicipta dan telah dirakamkan oleh artis wanita lain.
Bagaimanapun, dedah anggota kumpulan Exists itu, dia tidak berasa puas dengan rakaman nyanyian penyanyi asal berkenaan.
Siti Sarah
"Sebenarnya Kesetiaan saya dah rakam dengan artis lain tetapi saya tak nak bagi tahu artis itulah.
"Sebab bila dia dah record saya tak dapat kepuasan. So saya bagi tahu puan (pihak syarikat rakaman). Dia orang Sarawak. Saya kata puan, bagi balik duitlah. Because saya dah record dah dengar empat lima hari.
"Saya ini lain tau. Saya betul-betul fussy. Because I don't think about money because... I think about Q and Q. Quality versus quantity. I think I pulang balik your money," katanya menerusi podcast bersama Sinar FM.
Sementara itu, Ajai turut menyifatkan suara Siti Sarah sama seperti penyanyi asal Amerika Syarikat (AS) Toni Braxton.
View this post on Instagram
A post shared by SINAR (@sinar_my)
"Saya di situ bukan berpegang pada high pitch sangat, pada saya itu extra bonus if u get wide range if tenor singer tapi I go easily listening and soothing dengan telinga saya.
"So saya tengok ini market baru dan bila saya develop Dayang, Dayang menjadi, saya rasa this is next one. Tapi dia lagi rounded run notes yang berbeza tapi tone yang berbeza.
"Oh my god inilah rohnya," katanya.
Untuk rekod, antara kejayaan terbesar Siti Sarah sepanjang kerjaya sebagai penyanyi adalah membawa pulang tiga pingat emas dalam World Championship of Performance Arts (WCOPA) di Los Angeles pada 2009.
Pernah menghasilkan tiga buah album, lagu-lagu nyanyian Allahyarham Siti Sarah seperti Kesetiaan, Jangan Kau Mimpi, Sandarkan Pada Kenangan, Saat Hilang Cintamu dan Semakin menjadi siulan ramai.
Siti Sarah juga pernah memenangi anugerah Artis Baru Terbaik, Album Pop Terbaik dan Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2003 (AIM2003).
*Artikel disiarkan di Gempak
Topic Berkaitan
#Ajai
#Siti Sarah
#Kesetiaan
#lagu ada roh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami