awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akhirnya Mira Filzah dedah status, sudah berpunya dan berbincang sesama keluarga

Gempak
Gempak
13/04/2020
06:26 MYT
Akhirnya Mira Filzah dedah status, sudah berpunya dan berbincang sesama keluarga
Pendedahan itu dibuat ketika Mira menjawab soalan Ustazah Asma' mengenai teman lelaki dan pertunangan pada hari Ahad lalu.
AKTRES dan pengacara, Mira Filzah akhirnya mendedahkan sudah mempunyai teman lelaki dan secara tidak langsung menjawab persoalan mengenai status dirinya.
Menerusi program bual bicara santai bersama Ustazah Asma' Harun di laman Facebook, Mira mendedahkan dia dan keluarga sebelah lelaki sudah bertemu antara satu sama lain.
"Iya... Dah berpunya! Bertunang? Kiranya tapi sudah berjumpa dan berbincang sesama keluarga," jawab Mira.
Pendedahan itu dibuat ketika Mira menjawab soalan Ustazah Asma' mengenai teman lelaki dan pertunangan pada hari Ahad lalu.
Dalam pada itu, Ustazah Asma' menjelaskan dalam agama Islam persetujuan antara kedua belah keluarga merupakan tanda ikatan pertunangan.
"Dalam Islam, kalau dah ada persetujuan itu kira dah bertunanglah tu..
"Dah ada ikatan perjanjian persetujuan dengan keluarga cuma mungkin dari sudut adat belum lagi.
"Insya-Allah kita doakan Allah mempermudahkan tahun 2020 ni juga Mira akan bergelar isteri mendirikan rumah tangga.. Kita sama-sama doakan," kata Ustazah Asma'.
Terdahulu, Mira dan jejaka pilihannya, Wan Emir Astar yang merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid dilaporkan bakal disatukan sebagai suami isteri sekitar bulan Oktober ini.
BACA: Mira Filzah & Wan Emir Astar Kahwin Oktober 2020?
Pasangan berkenaan sebetulnya sudah lama mengenali antara satu sama lain.
Bagaimanapun, apabila Wan Emir melanjutkan pengajian, hubungan mereka terhenti sehinggalah kembali bertemu dan berhubung semula.
Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman dan Wan Emir pernah belajar di sekolah yang sama.
Wan Emir yang juga seorang arkitek difahamkan sudah menghantar rombongan untuk merisik pelakon wanita popular berusia 27 tahun itu.
Saksikan karya lakonan Mira Filzah yang pernah ditayangkan di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang!
Topic Berkaitan
#Bertunang
#Facebook
#Mira Filzah
#pelakon cantik
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan