LAGU Potret ciptaan Hang Nadim dan Kamar Empayar nyanyian Akim & The Majistret dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-30 dan berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000.
Potret diumumkan sebagai pemenang kategori Persembahan Terbaik, sekali gus memenangi trofi dan wang tunai RM12,000.
Naib Juara telah disandang oleh Faizal Tahir menerusi lagu Assalamualaikum yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM35,000 dan tempat ketiga pula dimenangi oleh Caliph Buskers dengan lagu yang berjudul Hanya Namamu yang berjaya menerima wang tunai berjumlah RM20,000.
Sementara itu, Dayang Nurfaizah berjaya mengekalkan trofi yang dimenanginya tahun lepas apabila berjaya mengekalkan anugerah vokal terbaik menerusi lagunya Tak Pernah Menyerah dengan membawa pulang wang tunai RM12,000 berserta trofi.
Sempena Ulang tahun ke-30 AJL, turut diperkenalkan Anugerah Qu Puteh Diva yang telah dimenangi oleh penyanyi Datuk Siti Nurhaliza menerusi lagu berhantunya “Cindai”. Anugerah ini diberikan kepada juara lagu yang mempunyai undian tertinggi menerusi laman web rasmi AJL 30.
Gempak
Sun Jan 24 2016

Potret turut diumumkan sebagai pemenang kategori Persembahan Terbaik, sekali gus memenangi trofi dan wang tunai RM12,000.

LHDN nafi dakwaan buat pusingan U berhubung Program Pengakuan Sukarela
LHDN berkata layanan cukai bagi setiap kes yang diterima dan disemak adalah berdasarkan fakta dan merit kes.

PRU15: Pas sokong parti yang beri manfaat - Penganalisis politik
Pas akan memberi sokongan kepada parti dominan yang akan memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sama seperti yang dilakukan mereka bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini.

Shahidan Kassim dilantik Pengerusi baharu PR1MA - Zuraida
Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim dilantik sebagai pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) berkuat kuasa serta-merta.

AWANI Ringkas: Rasuah | Presiden UMNO mengaku tidak bersalah

Ekonomi Digital | Dua sahabat tubuh platform bantu peniaga wanita
Menyedari kepentingan wanita untuk bangkit khususnya ketika berdepan cabaran pandemik COVID-19, dua sahabat tekad menubuhkan ruang maya beli belah digital pada Mei tahun lalu. Menggabungkan kemahiran dan pengalaman dalam bidang perbankan, platform dikenali sebagai The Artisans Haven digerakkan bagi membantu usahawan wanita memasarkan produk mereka.

Pelajar Carut Guru | Polis kenakan tindakan, keluar saman
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata tindakan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan kecil akan dikenakan ke atas pelajar berkenaan.

Kahwin Bawah Umur | Kes cerai meningkat
Perkahwinan bawah umur bukan sahaja mengekang hak seseorang untuk mendapat pendidikan sebaliknya turut meningkatkan kes penceraian yang disebabkan keganasan rumahtangga dan seksual.

Cucuk Mata Anjing | Warga emas berdepan hukuman penjara atau denda
Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas pertuduhan mencederakan seekor anjing jalanan pada Oktober tahun lepas. Mengikut pertuduhan, Ng Ah Leak, berusia 75 tahun, didakwa menjolok mata kiri anjing berkenaan dengan buluh sepanjang 2.4 meter sehingga menyebabkan haiwan itu menderita dan mengalami kesakitan.

Skim pampasan buat penerima vaksin dengan kesan sampingan serius akan diumum - Khairy
Skim itu akan memberi pampasan ex-gratia kepada kes kesan sampingan serius yang boleh dikaitkan dengan pemberian vaksin COVID-19.

AWANI Ringkas: Tujuh diambil keterangan dakwaan potong barisan vaksin

'Bukan merajuk, tapi saya akui...' - Siti Sarah dedah punca senyap
Kalau bukan merajuk, kenapa pula tu?

Agak menjerit bawa lagu 'Semakin', akhirnya Siti Sarah buka mulut
Sarah sedar jangkaan tinggi penonton khususnya peminat yang mengharapkan dia membawa pulang trofi Vokal Terbaik.

Sufian 'Baby Pian' Suhaimi dah ada 1 juta pengikut di Instagram
Congrats Baby Pian!

Haram nafikan kemaraan Misha Omar di AJL 33
Walaupun kalah, Misha tetap memukau penonton dengan persembahannya dan merangku trofi Vokal Terbaik.

Perubahan fesyen: Saya hanya mengikut tema - Wany Hasrita
Wany atau nama sebenarnya, Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 27, bertanding menerusi lagu Menahan Rindu di pentas AJL 32 yang bertemakan Fesyen dan Muzik.

Projector Band dedah cipta lagu 'Sudah ku tahu' di sebelah bilik mayat
Projector Band mendedahkan lagu hit mereka, Sudah Ku Tahu dicipta di sebelah bilik mayat.

'Saya akan dedikasikan persembahan dan 'hati' kepada Tok Nan' - Dayang Nurfaizah
"Saya akan dedikasikan persembahan serta hati saya pada Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL 31) nanti kepada Allahyarham Tan Sri Adenan Satem," demikian kata penyanyi kelahiran Sarawak Dayang Nurfaizah.

Baju Dayang Nurfaizah inspirasi penyapu sihir - Rizalman
Selepas Fara Fauzana, busana yang dipakai oleh Dayang Nurfaizah pula menjadi mangsa kritikan netizen.

Trending di Twitter, Drama Band disangka One Direction
Melucukan apabila ramai pengguna media sosial menyangkakan 'drama band' adalah berkaitan kumpulan pop antarabangsa, One Direction.

Akim and The Majistret Juara, Persembahan Terbaik AJL 30
Lagu Potret ciptaan Hang Nadim dan Kamar Empayar nyanyian Akim and The Majistret dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-30.