Semua pelanggan Astro kini boleh menikmati lebih banyak hiburan Korea sepanjang 60 hari menerusi akses percuma ke semua saluran tersebut termasuk Oh!K HD (CH 394) dan tvN (CH 395) mulai 1 Julai hingga 31 Ogos 2016.
Pelanggan NJOI juga berpeluang menikmati semua drama popular Korea sepanjang akses percuma saluran Oh!K HD (CH 394) dan tvN (CH 395), yang merupakan sebahagian daripada Korean Pack.
Peminat drama Korea pastinya teruja apabila saluran KBS World (CH 391, HD CH 392) dan One HD (CH 393) akan menampilkan lebih banyak judul drama popular dan terkini seperti ‘Uncontrollably Fond’(KBS World), ‘Doctors’ (One HD) dan ‘W’ (Oh!K HD) yang disiarkan pada hari yang sama dengan tayangan perdananya di Korea.
Peminat hiburan Korea juga boleh menonton tvN untuk pelbagai lagi rancangan hebat seperti ‘Three Meals a Day’, ‘Friends over Flowers’ dan ‘Get It Beauty’, acara muzik bertaraf dunia serta produksi yang dilakonkan bintang-bintang hebat, istimewa untuk penonton-penonton di Asia.
5 sebab kenapa anda HARUS menonton drama Korea ‘Uncontrollably Fond’, ‘Doctors’ dan ‘W’ di Astro
1. ‘Uncontrollably Fond’ bakal meneruskan legasi ‘Descendants of the Sun’
Selepas kejayaan drama ‘Descendants of the Sun’, syarikat penyiaran terkemuka Korea, KBS World (CH 391 & HD 392) akan menyiarkan satu lagi drama TV yang bakal menyerang peminat drama Korea di seluruh Asia menerusi ‘Uncontrollably Fond’ yang menampilkan Kim Woo Bin dan Suzy, ahli kumpulan K-Pop, Miss A.
Siri ini turut meraikan ‘kepulangan’ semula dua bintang ini ke kaca drama TV selepas 3 tahun; drama terakhir Kim Woo Bin adalah 'The Heirs' manakala Suzy muncul dalam 'Gu Family Book', kedua-duanya pada tahun 2013.
‘Uncontrollably Fond’ mempunyai formula lengkap untuk menjadikannya drama yang hit menerusi kisah dua rakan muda yang kembali bertemu setelah sekian lama dengan Woo Bin bergelar bintang K-Pop dan Suzy, penerbit dokumentari yang penuh keazaman.
2. Pertarungan sengit Park Shin Hye dan Kim Rae Won dalam ‘Doctors’
Bagaimana? Ketahui segalanya apabila ‘Doctors’, yang membariskan Park Shin Hye, Kim Rae Won, Lee Sung Kyung dan Yoon Kyun Sang akan disiarkan hari yang sama dengan tayangan perdananya di Korea, hanya di ONE HD (CH 393) pada 21 Jun 2016.
Dalam drama ini, Hye Jung (Park Shin Hye), seorang pembuli yang tidak mempercayai siapa-siapa, bertemu seorang pakar bedah neuro selepas keluar dari penjara.
Sebagai seorang mentor yang baik, Hong Ji Hong (Kim Rae Won) membimbingnya dalam memenuhi impian Hye Jung yang turut mahu menjadi seorang pakar bedah neuro.
ONE HD kemudiannya akan turut menyiarkan ‘Wanted’ lakonan Kim Ah Joong, Ji Hyun Woo dan Uhm Tae Woong, pada 23 Jun 2016, sama hari dengan tayangan perdananya di Korea.
3. Kemunculan semula Han Hyo Joo di kaca TV selepas 6 tahun, dalam W!
Han Hyo Joo yang kali terakhir muncul di kaca TV pada tahun 2010 dalam drama ‘Dong Yo’, akan membuat kemunculan semula menerusi drama ‘W’, mulai 21 Julai hanya di saluran Oh!K HD (CH 394).
‘W’ adalah drama romantik penuh debar menceritakan kisah hartawan Kang Chul (Lee Jong Suk) dan doktor bedah Oh Yeon Joo (Han Hyo Joo) yang bertemu dalam dimensi berbeza.
Barisan pelakon hebat itu, bersama penerbit, PD (Jang Dae Yoon) yang turut menghasilkan drama hebat, 'She Was Pretty' di saluran Oh!K awal tahun ini, , menjadikan ‘W’ drama yang paling dinantikan tahun 2016.
4. Hubungan istimewa sesama para pelakon drama
Menariknya, pelakon-pelakon utama ketiga-tiga drama ini berhubung kait antara satu sama lain dalam kemeriahan dunia hiburan Korea.
Kim Woo Bin (Uncontrollably Fond) sebagai dan Lee Jong Suk (W) sebagai contohnya merupakan sahabat baik manakala Park Shin Hye (Doctors) dan Lee Jong Suk (W) rapat antara satu sama lain dan memainkan watak yang saling meminati dalam drama ‘Pinocchio’ sehingga mereka dikhabarkan bersama tahun lalu.
5. 1 Julai sehingga 31 Ogos 2016, semua pelanggan Astro dan NJOI boleh menikmati akses percuma Korean Pack, yang menampilkan Oh!K (CH 394) dan tvN (CH 395).
‘Uncontrollably Fond’, ‘Doctors’ and ‘W’ bukan drama Korea pilihan anda? Jangan risau kerana Astro banyak kandungan menarik yang akan disiarkan pada hari yang sama dengan tayangan perdananya di Korea, seperti senarai di bawah dan banyak lagi yang menanti, hanya di Astro.
Penonton juga boleh memilih sari kata Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Mandarin untuk rancangan yang disiarkan Oh!K HD dan One HD manakala rancangan siaran KBS World hanya akan menawarkan pilihan sari kata Bahasa Inggeris.
Untuk maklumat lanjut, layari www.astro.com.my/sameday/korea
Astro Awani
Fri Jun 17 2016
Pelanggan NJOI juga berpeluang menikmati semua drama popular Korea sepanjang akses percuma saluran Oh!K HD (CH 394) dan tvN (CH 395), yang merupakan sebahagian daripada Korean Pack.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Astro One tawar tiga pakej hiburan lebih fleksibel serendah RM49.99 sebulan
Astro One menggabungkan saluran televisyen terbaik, aplikasi penstriman popular dan pilihan jalur lebar berkelajuan tinggi.
Kami Care Misi Banjir: 40 penyampai dari 13 stesen Astro Radio turun padang
Astro Radio dengan kerjasama Yayasan Astro Kasih telah menganjurkan kempen Kami Care Misi Banjir yang berlangsung pada 7 Disember 2024 di kawasan parkir LOTUS Cheras, dari jam 10 pagi hingga 5 petang.
ZAYAN raih anugerah Sahabat Dakwah di Majlis Anugerah Pendakwah Negara 2024
ZAYAN dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sahabat Dakwah pada Majlis Anugerah Pendakwah Negara 2024 di Putrajaya.
Astro lancar kempen ‘Astro’s Big Thank You’ sebagai penghargaan buat pelanggan setia
Astro, peneraju hiburan terkemuka di Malaysia, hari ini melancarkan kempen terbesar baharu Astros Big Thank You sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia.
Ananda Krishnan, hartawan bijak, 'cap jari' di serata sudut
To make money, you have to find tomorrow's business, make tomorrow's money. Itu pegangan taikun perniagaan Ananda Krishnan yang dikenali sebagai seorang hartawan self-made yang tersohor.
Astro raih RM75,000 ganti rugi berkanun pertama untuk pelanggaran hak cipta
Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad, mencatat sejarah dengan menerima ganti rugi berkanun pertama.
Astro S+V bantu kandungan video capai standard antarabangsa
Astro SoundVision merupakan satu-satunya penyedia fasiliti perkhidmatan Dolby Atmos bersepadu di Malaysia untuk pawagam, penyiaran, dan penstriman berteknologi tinggi.
Persembahan penuh emosi, Sarkas juara Muzikal Lawak Superstar 4, bawa pulang RM150,000
Kumpulan yang dianggotai Danial Zaini, Acap S dan Shashic, yang turut menjemput pelawak Shuib sebagai artis jemputan, mendapat markah tertinggi.