MENTERI Pertahanan Mohamad Sabu bukan saja sering membuatkan orang ramai terhibur dengan ceramah politiknya tetapi aksinya ketika keluar rumah sebagai menteri juga menarik perhatian netizen di media sosial.
Menerusi perkongsian beberapa foto di media sosial hari ini kelihatan Mohamad Sabu atau lebih popular dengan gelaran Mat Sabu keluar dari sebuah rumah teres yang dipercayai terletak di Shah Alam, Selangor.
Menariknya, beberapa orang pengawal peribadi dan polis pengiring menantinya di luar rumah untuk pergi ke pejabat.
Gambar yang dirakam sekitar 7.55 pagi tadi dikongsi Ahmad Sayuti Bashiron menunjukkan Mat Sabu tetap dengan kehidupan yang ringkas cuma bezanya kali ini, beliau ditunggu dan disambut polis pengiring dan pengawal peribadi bersama kenderaan rasmi kerajaan.
Mat Sabu yang merupakan Presiden parti Amanah dan juga Ahli Parlimen Kota Raja dilahirkan pada 14 Oktober 1954 pernah bersekolah di Pulau Pinang sebelum menyambung pengajian dalam jurusan makanan di Institut Teknologi Mara (kini dikenali Universiti Teknologi Mara).
Beliau mula menyertai politik menerusi parti Pas pada tahun 1981 sehingga menjadi Timbalan Presiden Pas dari tahun 2013 sehingga 2015.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Ahmad Sayuti Bashiron - Facebook
Gempak
Wed May 23 2018
Mohamad Sabu keluar dari sebuah rumah teres yang dipercayai kediamannya yang terletak di Shah Alam, Selangor. - Foto Ahmad Sayuti Bashiron - Facebook
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
'CAC Stadium Malawati seperti medan perang'
Ahmad Sayuti Bashiron berkata, keadaan itu adalah yang paling buruk dalam sejarah CAC setakat ini.
Aksi Mat Sabu pergi kerja sambil polis pengiring, pengawal peribadi tunggu, cuit hati netizen
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu bukan saja sering membuatkan orang ramai terhibur dengan ceramah politiknya tetapi aksinya ketika keluar rumah sebagai menteri menarik perhatian netizen di media