Ketua kumpulan Wonder Girls, Sunye bakal berehat daripada aktiviti nyanyiannya buat sementara waktu.

Bakal mendirikan rumah tangga, Sunye ingin memberi tumpuan kepada kehidupan selepas berkahwin.

Wakil JYP Entertainment memberitahu aktiviti Wonder Girls turut akan dihentikan seketika.

Selain keperluan Sunye untuk fokus kepada perkahwinan ahli-ahli yang lain akan memulakan aktiviti solo mereka.

Sumber turut mendedahkan majlis perkahwinan Sunye bakal dikendalikan Jo Kwon sebagai pengacara majlis.

Barisan artis JYP Entertainment, agensi naungan Wonder Girls juga bakal membuat persembahan.

Ia termasuk pengasas JYP Entertainment sendiri, Park Jin-Young di majlis yang akan diadakan pada 26 Januari di sebuah hotel yang terletak di Sogong-dong.

Sunye dan bakal suami dikhabarkan memilih Maldives sebagai destinasi berbulan madu sebelum berpindah ke Kanada untuk memulakan kehidupan bersama.