Sharnaaz Ahmad mengakui hubungannya dengan Shila Amzah renggang akibat kemelut yang berlaku.

Dia mahu kekasihnya itu tampil ke depan menjelaskan perkara sebenar bukan hanya menulis surat kepada media.

Akibat perselisihan itu, Sharnaaz sukar mengulas status perhubungan mereka buat masa ini.

Dia juga tidak memahami tindakan Shila menulis surat kepada media.

Pelakon filem "Juvana" ini menyifatkan perbuatan itu tidak dapat menyelesaikan apa-apa masalah.

Kemelut yang melibatkan Sharnaaz dan N.D Lala melarat selepas berbalas kenyataan menerusi media.

N.D Lala dikatakan tersinggung dan menyifatkan Sharnaaz sebagai biadab apabila mahu menghantar rombongan merisik pada Mac nanti.

Sedangkan dia dan isteri menyifatkan Shila belum bersedia untuk berkahwin.

Sharnaaz juga enggan mengaitkan sikap panas barannya dengan apa yang berlaku di antara mereka.

Shila dan keluarganya sedang berada di China atas urusan kerja manakala Sharnaaz sedang menjalani penggambaran filem "Gila Baby".