STATUS rumah tangga kakak kepada usahawan terkenal Neelofa iaitu Noor Nabila dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin masih menjadi tanda tanya.
Ibu kepada Nabila iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed ketika ditemui Gempak bagaimanapun berkata dia enggan mencampuri urusan rumah tangga anaknya.
“Itu saya tak mahu jawab. Sebab dia sudah dewasa, berkeluarga. Kalau nak tahu, tanya dia sendiri. Macam Ameera, dia masih bawah perlindungan dan jagaan saya.
“Urusan rumah tangga anak-anak saya tak campur dan tak nak tahu. Saya mahu gembira saja dengan anak-anak dan cucu-cucu saya,” katanya ketika ditemui pada Khamis.
Menyifatkan anak-anak sudah cukup sempurna di matanya, Kartini memberitahu, dia tidak menganggap apa saja isu melibatkan keluarganya sebagai ujian.
“Bagi saya, anak-anak sempurna di mata saya dan saya rasa tiada apa lagi yang saya mahu rungutkan. Bukan ramai ibu di luar sana yang bernasib baik dan beruntung Allah bagi nikmat seperti apa yang saya dapat.
“Saya tak anggap cerita berkaitan keluarga saya itu sebagai ujian dan kami tidak pernah ambil tahu tentang apa yang viral. Orang kata hari-hari viral? Viral apa?” ujarnya.
Pada Mac lalu, media melaporkan rumah tangga Nabila dengan Engku Emran didakwa retak menanti belah dan sumber rapat turut mendakwa pasangan itu sudah tidak tinggal sebumbung serta dalam proses perceraian.
Untuk rekod,Nabila mendirikan rumah tangga Engku Emran pada 19 Mac 2021 namun pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata.
Sebelum menikahi Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres jelita, Erra Fazira dan memiliki cahaya mata perempuan, Engku Aleesya.
Kemudiannya, Engku Emran berkahwin dengan aktres Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun tidak dikurniakan cahaya mata.
Sementara itu, Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan cahaya lelaki, Jebat Jayden. - Gempak
Gempak
Fri Sep 22 2023
Noor Kartini Noor Mohamed (tengah) enggan mencampuri hal rumah tangga anaknya, Noor Nabila dan pasangannya, Engku Emran Engku Zainal Abidin.
Agenda AWANI: Pemerdagangan orang | Jenayah penipuan pekerjaan di luar negara
Apakah usaha signifikan dalam penguatkuasaan membendung jenayah pemerdagangan orang dalam penipuan pekerjaan di luar negara? Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Dato' Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam Agenda AWANI 9 malam ini.
Waspada, kekal cakna ancaman mpox menjelang musim cuti akhir tahun - Pakar
Menjelang musim cuti akhir tahun, orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengambil berat kebimbangan kesihatan termasuk yang berkaitan penyakit Mpox.
Perkembangan banjir di seluruh negara
Perincian data daripada info bencana banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat diperjelaskan penyampai Astro AWANI, Jasmine Abu Bakar.
Persediaan gelombang baharu
Situasi banjir terus menjadi perhatian, khususnya di kawasan pantai timur, termasuk Pasir Puteh, Kelantan, yang kini bersedia menghadapi kemungkinan gelombang baharu.
Hasimi Muhamad, Wartawan Astro AWANI
Hasimi Muhamad, Wartawan Astro AWANI
Wanita Indonesia yang terlepas hukuman mati di Arab Saudi, pulang ke tanah air
Selepas bertahun-tahun usaha diplomatik yang diketuai kementerian dan Konsulat Jeneral Indonesia di Jeddah, hukuman wanita itu dikurangkan.
Fadillah terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Pemimpin Islam Terbilang Dunia
Anugerah itu disampaikan Pengerusi WMLF Datuk Seri Mohamed Iqbal Rawther dan Presiden Institut Strategik KSI bagi Asia Pasifik Tan Sri Michael Yeoh di Parlimen hari ini.
Thailand gesa Myanmar segerakan pembebasan empat warganya dan kapal
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Asia Timur telah memanggil Duta Myanmar ke Thailand hari ini untuk membincangkan perkara itu.
Sistem terbaharu MetMalaysia mampu ramal risiko bencana 14 hari lebih awal - Nik Nazmi
Jabatan Meteorologi (METMalaysia) kini menggunakan Sistem Pengkomputeran Berprestasi Tinggi bagi melakukan ramalan cuaca di negara ini.
Menyimpang daripada ajaran Islam: Mahkamah Persekutuan dengar rayuan SIS Forum
Mereka telah menamakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), dan Kerajaan Negeri Selangor sebagai responden.
MITI sedia kukuhkan rantaian bekalan global melalui ekonomi ASEAN - Tengku Zafrul
Malaysia sedang berusaha untuk menyelaraskan dirinya dengan visi rantau itu yang lebih besar dalam menarik pelaburan yang tepat ke Asia Tenggara.
Isu rumah tangga Noor Nabila dan Engku Emran: Ini Respons Noor Kartini...
Anak-anak sudah dewasa, justeru, Datin Noor Kartini enggan campur tangan dalam hal rumah tangga mereka.