awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Alif Satar stabil selepas kemalangan, sempat ajak solat Subuh berjemaah

Sinar Harian
Sinar Harian
30/12/2023
03:20 MYT
Alif Satar stabil selepas kemalangan, sempat ajak solat Subuh berjemaah
Alif Satar dilaporkan stabil selepas mengalami kemalangan ketika pulang daripada solat Jumaat, petang semalam. - Foto Instagram Saniboey Mohd Ismail
PENGACARA dan pelakon popular, Alif Satar dilaporkan stabil selepas mengalami kemalangan ketika pulang daripada solat Jumaat, petang semalam.
Perkongsian selebriti tersebut dalam satu hantaran di akaun Instagram miliknya memberitahu, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya.
“Alhamdulillah, Allah uji sikit saja. Terima kasih semua yang mendoakan kesejahteraan. Moga Allah SWT makbulkan dan permudahkan urusan kalian juga.
“Sudah check up dengan doktor di KPJ Tawakal semalam dan all is clear. Tak ada yang patah, masa jatuh kepala sakit dan pening,” ceritanya kepada umum.
Penyanyi berusia 33 tahun itu turut berkongsi kebimbangan jika berdepan impak serius daripada kemalangan yang melibatkan dengan sebuah kenderaan di Jalan Sri Hartamas 1, Kuala Lumpur itu.
“Takut juga ada yang serius tapi doktor beritahu tak ada symptoms concussions. Syukur cuma badan sakit-sakit (moga penghapus dosa).
“Terima kasih sekali lagi semua yang call dan mesej bertanya khabar. Saya cuba untuk membalas semua,” tulisnya mengakhiri perkongsian.
View this post on Instagram
A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)
Meskipun dalam keadaan masih sakit-sakit, pelantun lagu Anugerah Terindah itu sempat mengajak semua supaya dapat solat Subuh berjemaah di Masjid Saidina Umar Bukit Damansara pada 1 Januari nanti.
Terdahulu, bapa tiga orang anak itu dilaporkan terbaring di atas jalan selepas terlibat dalam satu kemalangan selepas tidak sempat mengelak sebuah kenderaan jenis Mazda CX5. - Sinarplus/Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Alif Satar kemalangan
#Alif Satar
#kemalangan
#solat Subuh berjemaah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan