TIDAK pernah serik! Itu reaksi netizen dan peminat berhubung kontroversi terbaharu yang dicetuskan oleh penyanyi Aliff Aziz.

Sekiranya betul perbuatan Aliff seperti apa yang didakwa, nampaknya, Aliff tidak belajar daripada kesilapannya sebelum ini.

Terbaharu, sekeping foto memaparkan seorang individu mirip Aliff Aziz bersama seorang gadis tular di media sosial pagi ini.

Ini bukan kali pertama Alif, 28, dituduh berlaku curang terhadap isterinya, Bella Astillah, 25, dan beberapa kali juga Bella memaafkan tindakan Alif yang kelihatan seperti tidak matang itu.

Kalau dulu kantoi keluar bersama pelakon, Afifah Nasir dan juga Oktavia Manrose, kali ini Aliff didakwa sedang 'bermesra' dengan seorang wanita lain pula.

BACA: 'Ya, saya salah...' - Aliff Aziz

BACA: Stay strong Bella, umur muda tetapi matang! - Netizen puji sikap isteri Aliff Aziz

Gambar yang tular itu membuatkan netizen berang dengan sikap Aliff yang disifatkan tidak pernah berubah.

Menurut netizen, dia seolah-olah langsung tidak memikirkan perasaan isterinya serta anaknya yang masih kecil.

Ini antara respon-respon netizen mengenai kisah Alif yang tular sejak pagi tadi

Alif dan Bella telah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Ayden Adrean.

Astro AWANI juga sedang berusaha untuk mendapatkan reaksi daripada artis kelahiran Singapura itu.