awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#AliSetan30tahun: 'Babak katak','Tipah Tertipu' antara yang paling diingati

Astro Awani
Astro Awani
20/06/2015
05:35 MYT
#AliSetan30tahun: 'Babak katak','Tipah Tertipu' antara yang paling diingati
Walaupun sudah 30 tahun ia ditayangkan, ramai yang masih mengingati babak-babak dan dialog mencuit hati dari filem Ali Setan.
Filem Ali Setan arahan Tan Sri Jins Shamsudin yang mencecah angka pecah panggung atau box office sekitar tahun 1985 sememangnya memberi impak yang cukup kuat buat penonton sehingga ke hari ini.
Walaupun sudah 30 tahun ia ditayangkan, ramai yang masih mengingati babak-babak dan dialog mencuit hati dari filem yang berlatarkan kehidupan pelajar universiti itu.
Apa yang pasti, lakonan Fauziah Ahmad Daud sebagai Asmidar dan Azmil Mustapha yang memegang teraju utama sebagai Ali cukup berkesan.
Malah turut dikatakan ramai yang berpendapat filem berkenaan mendorong mereka untuk melanjutkan pelajaran ke universiti kerana dapat merasakan kehidupan di kampus yang menyeronokkan.
Ali Setan
Ali Setan
Azmil sebagai Ali dalam salah satu babak dalam filem Ali Setan - Foto petikan dari filem
Dalam tinjauan Astro AWANI, adegan Ali menghadiahkan Asmidar katak adalah yang paling diingati ramai.
Apatah lagi babak tersebut dilihat begitu lucu dan asli dengan usikan pantun katak oleh Ali dan geng-gengnya di universiti keesokan hari.
Begitu juga paling mendapat tempat adalah penampilan pertama, penyanyi Jazz Datuk Sheila Majid yang memainkan watak Tipah iaitu sepupu Ali dengan dialog klasiknya "Tipah Tertipu".
Ali Setan
Ali Setan
Pelakon tersohor Ogy Ahmad Daud sebagai Asmidar - Foto petikan dari filem
Selain garapan cerita itu sendiri yang menarik, keserasian antara Fauziah atau lebih dikenali sebagai Ogy dan Azmil juga antara keistimewaan yang membuatkan filem tersebut kekal dalam ingatan ramai.
Ali Setan sebuah filem yang mengisahkan Ali, siswazah tahun akhir yang tidak habis-habis mengusik dan mengurat Asmidar yang merupakan pelajar baru atau freshie di universiti.
Ikuti apa yang dikongsikan pembaca bersama Astro AWANI mengenai filem Ali Setan.
@501Awani babak katak, Ali jadi dekan dan banyak lagi.
— SYAFIQAH NASHABUDIN (@SyaNashabudin) June 20, 2015
@501Awani katakkk!
— faralyna (@Farra_Lyna) June 20, 2015
@501Awani "May the best man win!" "Tipah tertipu bang" "Ya salaaam" #AliSetan30Tahun
— Adam (@ATMology) June 20, 2015
@501Awani tipah tertipu bang, tipah tertipu /p>— zeckii (@norzakiahhamzah) June 20, 2015
@501Awani "Semakin As membenci Ali, semakin As menyanyanginya kak"
— Reen Ismail (@iamyenismail) June 20, 2015
@501Awani "pegang bayang la kau Ali" "aku tak pegang bayang, aku pegang hatinya"
— Dendyy (@Dyysprosium) June 20, 2015
@501Awani tahniah.. Filem yang memikat hati penonton hingga skg. Saya rindu dengan aksi #alisetan memikat #asmidar /p>— Shafa'atussara (@Shafaatussara) June 19, 2015
@501Awani saya belajar di lokasi ali setan berlakon, USM, bila jalan-jalan dalam USM akan terus bandingkan yang dalam filem.#AliSetan30Tahun
— Shahir_ (@ShahirYunos) June 19, 2015
.@501Awani buai laju2, sampai pokok rhu, Apa dalam baju, seekor katak puru! #AliSetan #AliSetan30Tahun
— Sai Yusoff (@saifulyusoff) June 19, 2015
@501Awani Oh berdebar debar hatinya Kali pertama bertentang mata Inikah pengalaman Harus ditempuhi tiap insan~
— Wahyu Ilahi (@WahyuYORDAN) June 19, 2015
Topic Berkaitan
#ali setan
#asmidar
#Azmil Mustapha
#Ogy Ahmad Daud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan