Segalanya istimewa dan lucu apabila mengimbas semula pengalaman penglibatan Datuk Sheila Majid dalam filem Ali Setan pada 30 tahun dahulu, apatah lagi perkara-perkara yang mencuit hati itu dinyatakan sendiri oleh pemegang watak ‘Latifah’ tersebut.
“Wow! Betapa pantas masa berlalu,” kalimat yang terpacul dari mulut penyanyi unggulan itu memulakan sesi temubual bersama Astro AWANI pada petang Sabtu.
Sheila secara peribadi memberitahu bahawa pengalamannya berlakon dalam filem Ali Setan suatu yang hebat kerana berpeluang digandingkan dengan nama-nama besar dalam dunia seni lakon tanah air.
PENGALAMAN BERLAKON
“Saya ditawarkan watak itu dan saya ingin mencuba memandangkan saya tidak pernah melakukannya.
“Namun, setelah proses penggambaran itu selesai semuanya, barulah saya tahu bahawa saya tidak sesuai untuk menjadi pelakon,” ujar Sheila sambil diiringi gelak kecil.
Jelas beliau, oleh kerana dirinya sendiri menyedari bahawa dia tiada bakat berlakon, Sheila mengambil keputusan bahawa filem itu yang pertama dan yang terakhir buatnya.
“Tapi saya gembira melakukannya,” ujar Sheila.
BACA: #AliSetan30tahun: 'Babak katak','Tipah Tertipu' antara yang paling diingati
Pelantun lagu ‘Sinaran’ itu turut memberitahu dirinya bertuah apabila dapat bergandingan dengan pelakon-pelakon hebat seperti Ogy, Azmil, Jins Shamsuddin, Liza Abdullah, Izi Yahya, Shah Rezza dan lain-lain.
Sepanjang proses penggambaran itu, Sheila menyatakan bahawa beliau telah berkenalan dengan ramai kawan baharu memandangkan kesemua pelakon dan krew telah ‘berkampung’ dan bekerja bersama di Universiti Sains Malaysia.
Filem Ali Setan berjaya, menurut Sheila, kerana sasaran penonton dan juga kekuatan jalan ceritanya yang relevan dengan orang muda ketika itu.
“Hakikatnya, orang mudalah yang menyukai filem dan muzik. Merekalah yang akan pergi menonton memandangkan mereka tidak terikat dengan tanggungjawab. Ramai yang bercakap mengenainya.
“Jalan ceritanya juga menyeronokkan dan kebanyakan penonton muda dapat membayangkan diri mereka dalam filem itu.
“Secara tidak langsung, ia menjadi popular seperti impak filem Grease,” ujar Sheila.
BACA: #AliSetan30tahun: 'Saya nyaris tidak bawa watak Asmidar kerana Azura' - Ogy
TIDAK SANGKA
Selain kemeriahan tiga dekad filem Ali Setan, memang kebetulan pula Sheila pada tahun ini turut menyambut ulang tahun ke-30 penglibatannya dalam industri muzik. Bagi beliau, keazaman dan usaha bersungguh membawa dirinya ke tahap yang dinikmatinya hari ini.
“Saya sebenarnya gembira apabila Ali Setan, filem yang saya ingin lupakan, telah menjadi sebuah filem ikonik sehingga ke hari ini. Ia satu penghargaan buat semua yang terlibat dalam pembikinannya,” kata Sheila.
Penyanyi kesayangan warga ASEAN itu turut menyedari bahawa saban tahun, kerap juga filem tersebut diulang tayang di televisyen.
“Kalau saya tertonton juga, saya akan berasa ‘geli’,” katanya dalam nada jenaka.
Beliau mengakui watak itu memang tidak ‘tertampung’ oleh bakat lakonannya yang mentah ketika itu kerana ia memerlukan penghayatan emosi, seperti memerlukannya menangis dan bergaduh.
“Ya, saya memang terkejut dengan sambutan terhadap filem itu selama ini. Siap dengan tagline ‘Tipah tertipu’ yang orang popularkan.
“Lagi aku nak lupa, lagi orang ingatkan,” ujar Sheila tertawa.
Sepanjang bulan Ramadan ini, Sheila mengambil peluang untuk menghabiskan waktu selama 30 hari eksklusif untuk diri sendiri dan keluarganya.
Tanpa mengambil sebarang tawaran tugas, Sheila lebih mengutamakan peluang keemasan untuk beristirahat, menghabiskan waktu kualiti dengan keluarga dan meningkatkan amalan ibadah.
Astro Awani
Sat Jun 20 2015

Sheila (gambar) secara peribadi memberitahu bahawa pengalamannya berlakon dalam filem Ali Setan suatu yang hebat kerana berpeluang digandingkan dengan nama-nama besar dalam dunia seni lakon tanah air. - Foto Laman Web Rasmi Datuk Sheila Majid

Korporat | Perodua kenal pasti dua cabaran tahun ini
Dua cabaran utama dikenalpasti oleh Perodua bagi tahun ini melibatkan peningkatan kapasiti vendor dan bekalan semikonduktur. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata syarikat itu sudah merangka strategi bagi memastikan dua cabaran ini diurus dengan baik.

Automotif | Tempahan tanpa SST akan tetap diberikan selepas tarikh akhir
Perodua memberi jaminan semua tempahan yang dibuat sebelum pengecualian SST dihentikan akan tetap diberikan meskipun pelanggan menerima kenderaan selepas 31 Mac, iaitu tarikh akhir serahan bagi tempahan dengan pengecualian SST. Ketika ini Perodua mempunyai sejulah 220,000 tempahan tertunggak.

Video Trump beri keterangan bersumpah didedah
Trump membuka keterangan bersumpah itu dengan menggunakan Pindaan Kelima dan enggan menjawab soalan yang diberikan Peguam Negara.

Pantau Kerajaan Baharu: Cari keseimbangan pembangunan, warisan dan identiti negara
Sempena Hari Wilayah, tetamu, Ts Dr Shahariah Norain Shaharuddin, Pensyarah Kanan (Konservasi Warisan), Fakulti Alam Bina dan Ukur akan mengupas bagaimana kita semua boleh mencari keseimbangan dalam menyokong kerancakan pembangunan pada masa sama, tetap teguh memelihara seni bina warisan seperti bangunan bersejarah, masjid, tempat kediaman yang menjadi identiti negara.

Lebih 25,000 unit kediaman, komersil dibina sejak 50 tahun - Naza TTDI
Syarikat akan terus memanfaat pengalaman dan pencapaian dalam membina perbandaran terkemuka berskala besar, projek premium dan mercu tanda.

Mangsa banjir di Sabah berkurangan
Daerah terjejas turut berkurang daripada empat daerah kepada tiga daerah sahaja.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 Februari 2023] AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 Februari 2023]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007490/16117688611675212323924_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 Februari 2023]
Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama Afiezy Azaman dan Gee Gee Ahmad. - Program mesra rakyat sempena Hari Wilayah Persekutuan 2023 hari ini. - Menu Rahmah: Lebih 15,000 restoran tawar juadah RM5 bantu golongan B40. - Anwar terima teguran, akan beri penjelasan lantikan Nurul Izzah. #AWANInews

Wanita Indonesia maut selepas bersalin di rumah
Mayatnya telah dibawa ke Forensik Hospital Rembau untuk di tujuan bedah siasat pada Rabu.

Jiwa SME | Pemasaran rempeyek dalam talian capai peringkat antarabangsa
Tak diduga, kudapan tradisional 'rempeyek' yang telah diinovasikan kepada pelbagai rasa telah menjana pendapatan jutaan ringgit. Itu kejayaan yang dicapai Krup Krap My International Sdn Bhd yang mula diuahakan di rumah sahaja sejak lebih 3 tahun lepas dan turut melahirkan puluhan usahawan yang sudah bergelar jutawan. Pemiliknya seorang wanita muda, graduan Universiti Teknologi Petronas Nuramalina Ahmad Baharudin bijak mengaplikasikan ilmu yang dipelajarinya semasa zaman universiti sehingga berjaya diperluaskan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Sertai kerajaan hari ini bukan jalan mudah jadi PM - KJ
Berpeluang meneraju kerajaan adalah cita-cita jangka masa panjang dan bukan perkiraannya dalam langkah seterusnya yang akan diambil.

#AliSetan30Tahun: Lagi saya nak lupakan, lagi orang ingatkan, kata Sheila Majid
Segalanya istimewa dan lucu apabila mengimbas semula pengalaman penglibatan Datuk Sheila Majid dalam filem Ali Setan pada 30 tahun dahulu.