Bintang Gegar Vaganza All Stars, Siti Nordiana mengakui sedikit ‘semput’ ketika menyanyikan lagu Ngajat Tampi pada konsert minggu kelima pada Sabtu.

Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana berkata, situasi itu berlaku kebarangkalian disebabkan oleh kostum yang disarungkan ketika persembahan dan juga staminanya di atas pentas.

“Salah satu faktor (semput) mungkin disebabkan oleh kostum yang saya pakai ini. Mungkin sebab juga tak cukup bersenam dan sedikit gementar ketika berada di atas pentas.

“Apa pun saya sudah lakukan yang terbaik pada konsert kali ini,” katanya kepada Gempak.

Nana menambah, rasa nervous yang dialami turut dirasai ketika dia dan bintang Gegar Vaganza All Stars lain berdiri menunggu keputusan pada segmen Ada Lagu Ada Lagi.

“Jujurnya saya memang nervous. Sebab ketika berada di segmen itu, kita tidak tahu apa nasib kita. Masih akan bertanding atau tidak pada minggu depan.

“Namun saya selalu pesan pada diri yang setiap minggu kena buat yang terbaik sebab keluar ke tak itu rezeki,” katanya lagi.

All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di Sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam. - Gempak