ISTANBUL: Tiga orang maut apabila dua helikopter bertembung di udara berhampiran Lapangan Terbang Perbandaran McMinnville di negeri Oregon, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik CNN.
Sherif Daerah Yamhill Sam Elliott mengesahkan angka kematian itu dalam satu sidang media.
Menurut beliau, sebuah helikopter membawa dua individu, masing-masing seorang jurulatih penerbangan dari Texas dan pelatih juruterbang dari United Kingdom.
Helikopter kedua pula dikendalikan seorang juruterbang lelaki yang berasal dari Oregon, tanpa penumpang lain.
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) mengetuai siasatan nahas itu, manakala Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) turut menjalankan siasatan.
-- BERNAMA-ANADOLU