HIBURAN
Alya Iman buat laporan polis didakwa jadi perosak rumah tangga selebriti

Alya telah membuat laporan polis sebagai langkah mempertahankan diri dan maruahnya. - Gambar/ Gempak
KUALA LUMPUR: Nama pelakon Alya Iman, kembali menjadi bualan hangat selepas dikaitkan dengan dakwaan menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan selebriti terkenal.
Ringkasan AI
- Nama pelakon Alya Iman kembali menjadi perhatian selepas dikaitkan sebagai punca keretakan rumah tangga pasangan selebriti terkenal. Alya menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan dirinya menjadi mangsa fitnah serta kecaman netizen tanpa bukti sah.
- Alya telah membuat laporan kepada pihak berkuasa sebagai langkah mempertahankan diri dan maruah, serta berharap agar keadilan ditegakkan melalui saluran undang-undang yang sewajarnya. Beliau turut menyeru agar masyarakat lebih bertanggungjawab dalam menyebarkan maklumat di media sosial.
- Alya mengakui dirinya bukan insan sempurna dan menjadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran untuk memperbaiki diri. Beliau memilih untuk terus melangkah ke depan dan mendoakan agar semua pihak yang terlibat diberkati.
“Disebabkan penyebaran fitnah ini, saya telah mengalami tekanan, kehilangan reputasi, dan kerjaya saya turut terjejas akibat kecaman terbuka oleh masyarakat.
"Spekulasi dan kata-kata kesat yang dilemparkan secara bebas di media sosial telah berlaku tanpa sebarang bukti yang sah.
"Sebagai langkah mempertahankan diri dan maruah saya, saya telah mengambil tindakan dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa terhadap segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan," maklumnya menerusi kenyataan media di Instagram.
Dalam masa sama, Alya mengakui dirinya bukan insan sempurna dan menjadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran untuk terus memperbaiki diri.
"Saya juga berharap agar pihak yang terlibat memastikan keadilan ditegakkan melalui saluran undang-undang yang sewajarnya.
"Tujuan saya mengambil tindakan ini adalah sebagai pengajaran kepada mana-mana individu agar lebih bertanggungjawab terhadap apa yang disebarkan lebih-lebih lagi dalam dunia media sosial yang mudah menularkan maklumat yang belum tentu benar.
"Saya tidak menafikan bahawa saya bukanlah insan yang sempurna. Namun, apa yang berlaku di masa silam biarlah menjadi pengajaran. Saya memilih untuk tidak mengulanginya dan terus melangkah ke depan dengan lebih baik.
"Akhir kata, saya mendoakan agar semua pihak yang terlibat akan diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT," tambahnya.
Terdahulu, nama Alya hangat diperkatakan selepas muncul dakwaan mengaitkan namanya sebagai orang ketiga dalam rumah tangga pasangan artis terkenal tanah air. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami