awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LZS sasar kutip RM2.2 juta zakat PDRM Selangor menerusi skim potongan gaji
Ujian Tingkatan 3 bantu murid pilih aliran, bukan bersifat ‘high stakes’ - Fadhlina
Ujian Tahun 4 intervensi penguasaan pengetahuan, tiada perubahan silibus - Fadhlina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AME2018: "Saya gugup" - Khai Bahar mohon maaf

Gempak
Gempak
09/04/2018
10:33 MYT
AME2018: "Saya gugup" - Khai Bahar mohon maaf
Persembahan Khai dalam segmen ketiga berkongsi pentas dengan Haqiem Rusli dan Ismail Izzani mendapat kritikan netizen yang tidak mendengar suaranya dengan jelas. - Foto Astro Gempak
PENYANYI muda Khai Bahar memohon maaf atas kecacatan persembahan lagu Luluh pada pentas Anugerah MeleTOP Era (AME2018) malam tadi.
Kata Khai dia akui kesilapan itu datang daripada dirinya sendiri yang terlampau gugup hingga mengganggu konsentrasinya.
"Saya mohon maaf sekiranya ada kekurangan sepanjang persembahan saya, sebagai penyanyi pastinya kita mahukan yang terbaik.
"Memang setiap kali saya perlu tampil di pentas berskala besar saya akan gugup. Itulah kelemahan saya.
"Tiada sebarang masalah teknikal pun sebab dari rehearsal lagi semuanya berjalan lancar tanpa ada masalah," katanya kepada Astro Gempak.
Persembahan Khai dalam segmen ketiga berkongsi pentas dengan Haqiem Rusli dan Ismail Izzani mendapat kritikan netizen yang tidak mendengar suaranya dengan jelas.
Malah, netizen menyifatkan nyanyian Khai malam tadi 'tidak masuk' dengan muzik.
Khai mendominasi AME2018 dengan membolot tiga anugerah iaitu Penyanyi MeleTOP, Lagu MeleTOP dan Top Top MeleTOP Lelaki.
Teks oleh: Amri Hassan
Topic Berkaitan
#AME2018
#Anugerah Meletop
#gugup
#Haqiem Rusli
#Ismail Izzani
#Khai Bahar
#Luluh
#penyanyi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan