awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amir Jahari cipta lagu tema Anugerah Seni

Muzaffar Mustapa
Muzaffar Mustapa
03/04/2014
10:21 MYT
Amir Jahari cipta lagu tema Anugerah Seni
Penyanyi dan komposer Amir Jahari terpilih sebagai pencipta dan penulis lirik lagu tema Anugerah Seni BOH Cameronian ke-11 tahun ini.
Lagu yang bertajuk Kau Inspirasi itu diilhamkan menerusi pelbagai sesi perbincangan dengan Kakiseni selaku penganjur majlis anugerah tersebut.
"Pihak Kakiseni telah memberikan tema majlis itu pada tahun ini iaitu Pop Yeh Yeh. Saya mencipta lagu tribute tersebut dengan pendekatan yang berbeza kerana selalunya lagu-lagu tribute lebih bernada sedih dan perlahan. Kali ini saya berikan lagu itu tempo yang lebih pantas dan bernada gembira bagi meraikan seniman-seniman tanahair." jelas Amir Jahari sewaktu ditemui di Nominees Party Anugerah Seni BOH Cameronian malam tadi.
Amir bersama bandnya, Amir Jahari Project bakal mempersembahkan lagu tema tersebut di Anugerah Seni BOH Cameronian ke-11 pada 27 April depan di Stadium Negara.
KAU INSPIRASI
Tak pernah bersua, melodimu terpahat dijiwa P. Ramlee satu lagenda Teriakkanmu, menggoncang hati pendengar Usman Awang sang pencinta
Terima kasih
Kau menjadi melodi Kau menjadi puisi Kau menjadi inspirasi Untukku terus berdiri
Dia pembuka mata, pejuang terawal dalam seninya Krishen Jit, tak ternilai jasanya Tak kenal erti putus asa, Faridah Merican namanya Teater menyentuh jiwa semua
Terima kasih
Zahim Albakri, Jo Kukathas, Dalang Dollah Baju Merah, Mavin Khoo, Yudi Yap, Lee Swee Keong, Johan Jaafar, Harith Iskandar, Rosnan Rahman, Marion D'Cruz, Awieeeeeeee!
Kau menjadi melodi Kau menjadi puisi Kau menjadi inspirasi Untukku terus berdiri
Topic Berkaitan
#Amir Jahari
#Anugerah Seni BOH Cameronia
#Kau Inspirasi
#Lagu
#tema
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan