awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amitabh Bachchan balas 'nakal' komen netizen minta tulis dalam Hindi

Astro Awani
Astro Awani
19/08/2020
22:00 MYT
Amitabh Bachchan balas 'nakal' komen netizen minta tulis dalam Hindi
Tweet Amitabh Bachchan diulang ciap lebih 1,200 kali dan menerima lebih 26,000 tanda suka di platform media itu, setakat pukul 9.30 malam. - Gambar fail/AFP
MEGASTAR veteran Bollywood, Amitabh Bachchan yang merupakan antara selebriti yang aktif di laman sosial memberi respons 'nakal' kepada salah seorang netizen yang memintanya untuk menulis dalam bahasa Hindi di Twitter.
"Amitabh Bachchan ji, agar aapke post Hindi mein aye toh bahut achha hoga (Tuan Amitabh Bachchan, alangkah bagusnya, jika anda tulis dalam bahasa Hindi)," kata [email protected] dalam ciapannya pada Selasa.
Membalas ciapan itu, selebriti berusia 77 tahun itu dalam nada 'nakal' menjawab:
"Aap bhi 'post' shabd jo aapne jhankrit kiya hai, uski Hindi likhiye na (Kamu pun menggunakan bahasa Inggeris dalam hantaran. Kenapa tidak menggunakan bahasa Hindi?
'' ( post ) , !!!! https://t.co/lJvYpD14Q3
— Amitabh Bachchan (@SrBachchan) August 18, 2020
Setakat pukul 9.30 malam, tweet beliau itu diulang ciap lebih 1,200 kali dan menerima lebih 26,000 tanda suka di platform media itu.
Pada 3 Ogos lalu, selepas tiga minggu menerima rawatan, akhirnya pelakon legenda Bollywood itu disahkan negatif COVID-19 dan dibenarkan keluar dari hospital.
Menerusi perkongsian di akaun Twitter rasminya pada hari yang sama, Amitabh memaklumkan beliau sudah dibenarkan pulang selepas menjalani rawatan di Hospital Nanavati.
Pelakon filem "Kabhi Khushi Kabhie Gham" itu turut memberitahu ketika menerima rawatan di Hospital berkenaan, beliau dijaga rapi petugas perubatan sehingga disahkan pulih sepenuhnya.
Topic Berkaitan
#Amitabh Bachchan
#Bollywood
#COVID-19
#hindi
#koronavirus
#laman sosial
#Narendra Modi
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan