awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Semua ADUN Bersatu akan dilantik sebagai Exco - MB Perlis
Jumpa di London, lima kali Muhyiddin kata sedia lepaskan jawatan - Annuar
China lanjutkan pengurangan yuran visa untuk rakyat Malaysia hingga 31 Dis 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amitabh Bachchan menang Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di Arab Saudi

Faida Rahim
Faida Rahim
26/01/2023
10:50 MYT
Amitabh Bachchan menang Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di Arab Saudi
Amitabh Bachchan berjaya membawa pulang trofi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di Anugerah Joy 2023 di Arab Saudi, baru-baru ini, atas sumbangannya kepada industri perfileman India. - Gambar Facebook Amitabh Bachchan
RIYADH: Pelakon veteran Bollywood, Amitabh Bachchan berjaya membawa pulang trofi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di Anugerah Joy 2023 di Arab Saudi, baru-baru ini, atas sumbangannya kepada industri perfileman India.
Menerusi laman Instagramnya, Bachchan memuat naik hantaran berbentuk rakaman beliau merakamkan ucapan terima kasih semasa menerima anugerah.
Hantaran berkenaan turut memaparkan beberapa klip daripada filem lakonan lagenda berusia 81 tahun itu.
“Terima kasih yang tidak terhingga atas kasih sayang, keprihatinan anda dan untuk penghormatan ini,” tulis beliau dalam kapsyen.
View this post on Instagram
A post shared by Amitabh Bachchan (@amitabhbachchan)
Dalam ucapannya, seniman itu menyebut, kunjungan beliau ke Arab Saudi merupakan lawatan pertama dan pastinya bukan yang terakhir.
“Saya sentiasa percaya bahawa pawagam adalah medium hiburan dan ia adalah medium yang menyatukan orang ramai dan mengintegrasikan masyarakat manusia.
“Kita datang dari pelbagai lapisan kehidupan dan datang dari laluan dunia berbeza, tetapi apabila menonton sesuatu, kita ketawa pada jenaka sama dan menangis pada perkara yang sama. Kita berkumpul di sebuah platform,” katanya.
Amitabh dalam masa sama menyatakan kebanggaan beliau berpeluang menjadi sebahagian kecil daripada komuniti industri perfileman di India.
“Apabila anda menghormati saya hari ini, anda menghormati industri filem negara saya, anda menghormati negara saya,” tambahnya lagi.
Pada acara itu, Amitabh turut ditemani ahli keluarganya termasuk Shweta Bachchan Nanda dan Abhishek Bachchan.
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Amitabh Bachchan
#hiburan
#Anugerah Joy 2023
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan