awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amyra Rosli dan Amar Baharin bakal timang anak perempuan

Gempak
Gempak
21/12/2019
11:30 MYT
Amyra Rosli dan Amar Baharin bakal timang anak perempuan
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan dikurniakan anak sulung, Aqeef Anaqi pada 15 Oktober 2017. - Foto Astro Gempak
PASANGAN pelakon, Amyra Rosli, 28, dan Amar Bahrin, 34, bakal menimang cahaya mata perempuan yang dijangka lahir pada bulan Februari 2020.
Teruja menanti kehadiran insan baharu sebagai penyeri rumah tangga yang dibina sejak tiga tahun lalu, Amar akui terkejut kerana menyangka akan menerima anak lelaki.
"Saya betul-betul terkejut sebab ingatkan bakal timang anak lelaki tapi rupanya Amyra sengaja nak buat kejutan.
"Selama ini saya teman Amyra ke kedai buku dia selalu beli buku mengenai lelaki.
"Malah kalau ke klinik untuk membuat pemeriksaan pun dia tidak bagi saya teman untuk masuk ke dalam bilik untuk berjumpa doktor.
"Jujur saya gembira dengan pengumuman ini kerana saya bakal menerima cahaya mata perempuan dan cukup lah sepasang dalam keluarga kami," katanya kepada Gempak.
Amyra dan Amar ditemui pada majlis pengumuman jantina yang diadakan di Bangsar Village 2 sebentar tadi.
Sementara itu, Amyra memohon doa agar segala proses berjalan dengan lancar dan selamat.
"Anak pun masih dalam kandungan lagi dan dijangka lahir pada Februari tahun depan.
"Tolong doakan semoga urusan bersalin saya dipermudahkan," katanya lagi.
Terdahulu, sempena ulang tahun Amar yang ke-34 Ogos lalu, Amyra membuat kejutan terindah apabila dia mengumumkan berita kehamilannya.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan dikurniakan anak sulung, Aqeef Anaqi pada 15 Oktober 2017.
Topic Berkaitan
#Amar Bahrin
#Amyra Rosli
#Aqeef Anaqi
#cahaya mata perempuan
#majlis pengumuman jantina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan