awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak bongsu Che Ta selamat jalani pembedahan Supernumerary

Faida Rahim
Faida Rahim
20/05/2023
16:22 MYT
Anak bongsu Che Ta selamat jalani pembedahan Supernumerary
Che Ta memaklumkan, Aaisyah yang akan genap sembilan tahun November depan lebih banyak tidur dan berehat selepas menjalani pembedahan berkenaan. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Aktres dan ahli perniagaan terkenal, Rozita Che Wan memaklumkan anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana, dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan gigi dipanggil Supernumerary Mesiodens Tooth pada Sabtu.
Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta memaklumkan, Aaisyah yang akan genap sembilan tahun November depan lebih banyak tidur dan berehat selepas menjalani pembedahan berkenaan.
“Ikutkan sejak beberapa bulan lalu, dia (Aaisyah) sering mengadu tak selesa di bahagian giginya.
“Jadi selepas dipermudahkan, pembedahan berjaya dilakukan hari ini. Menurut doktor, kes seumpama ini agak jarang terjadi iaitu kewujudan gigi lebih di bahagian tengah.
“Kata doktor lagi, secara umumnya di dalam dunia ini ada sekitar 0.5 hingga 3 peratus kes seumpama itu,” katanya.
View this post on Instagram
A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)
Jelas Che Ta, pembedahan telah dilakukan di Hospital Pakar Global Doctors di Mont Kiara di bawah kendalian serta pemantauan tiga doktor.
Tambah pelakon yang terkenal menerusi drama Kiah Pekasam itu, pembedahan itu perlu untuk membolehkan pertumbuhan gigi kekal baharu yang lain.
“Masa melakukan CT Scan baru-baru ini, baharu nampak masalah yang timbul. Apabila dilakukan X Ray memang wujud masalah itu,” katanya.
View this post on Instagram
A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)
Ibu kepada tiga cahaya mata itu dalam masa sama bersyukur kerana anak perempuannya kuat semangat.
“Terima kasih yang mendoakan kesihatan dan keadaannya,” kata isteri kepada Zain Saidin itu.
Terdahulu Che Ta memuat naik beberapa keping gambar Aaisyah di Instagram sebelum dan selepas menjalani pembedahan Supernumerary itu.
Topic Berkaitan
#Supernumerary Mesiodens Tooth
#Instagram
#Pembedahan
#anak bongsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan