Farid Kamil mendedahkan, masih belum memberikan nama kepada bayi lelakinya yang selamat melahirkan oleh isterinya, Diana Danielle pada 2 Julai lalu.

Proses pendaftaran bakal dilakukan di Malaysia, selepas Diana pulang ke Malaysia untuk sambutan Aidilfitri nanti.

Diana melahirkan bayi lelaki seberat 4.3 kilogram di Australia.

Menurut Farid, setakat ini, dia dan Diana mempunyai beberapa pilihan nama tetapi masih belum memutuskan dan hanya memanggilnya dengan panggilan 'baby'.

Bersyukur kerana segalanya selamat, bagaimanapun Farid mengakui terpaksa bersabar dengan ‘mood’ Diana sepanjang berpantang.

Farid ke Australia untuk menjenguk isterinya awal bulan ini dan kini Diana dijaga oleh saudara di sana.

Mengulas mengenai konflik yang tercetus di antara Farid dan ibu mertuanya, Norsiah Ramli, pelakon filem "Anak Halal" ini enggan mengulas lanjut.

Dia bagaimanapun, tidak keberatan membenarkan Norsiah bertemu isteri dan anaknya tetapi mereka harus bersemuka untuk menyelesaikan beberapa masalah.

Farid ditemui semasa pelancaran drama ‘Jodoh Itu Milik Kita’.

Klik video untuk laporan Astro AWANI.