awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak Paul Walker terima pampasan kemalangan bapa RM39 juta

Nizam Bakeri
Nizam Bakeri
10/04/2016
03:27 MYT
Anak Paul Walker terima pampasan kemalangan bapa RM39 juta
Peguam Meadow turut memberitahu akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pengeluar kereta Porsche melalui tuntutan produk defektif - Foto Facebook/Paul Walker
ANAK perempuan tunggal Paul Walker, Meadow, menerima pampasan bernilai AS$10.1 juta (RM39 juta) melalui satu perintah mahkamah berkenaan kemalangan maut yang menimpa bapanya pada tahun 2013.
Bayaran pampasan tersebut dibayar dari harta milik mendiang Roger Rodas, rakan bapanya yang juga merupakan pemandu kereta ketika kemalangan tersebut berlaku, lapor TMZ.
Rodas juga terbunuh dalam kemalangan apabila Porsche Carrera GT yang dipandunya terbabas melanggar pokok dan terbakar di Santa Clarita, California pada Disember 2013.
Menurut peguam Meadow, Jeff Milam, pampasan tersebut dituntut kerana Rodas turut dianggap bertanggungjawab menyebabkan kemalangan itu berlaku.
Reflecting on my father, I found myself reflecting on his passions. His passion for the ocean, his passion for rescuing animals, his passion for helping people and his passion for spontaneous goodwill. I wanted to start this foundation because I want to share that piece of him with the world. I want to share that part of him with others. I am tremendously proud to be launching The #PaulWalkerFoundation (@paulwalkerfdn) on his birthday. I can't think of a better way to celebrate my father. #DoGood
A photo posted by Meadow Walker (@meadowwalker) on
Sep 12, 2015 at 9:00am PDT
Milam bagaimanapun mendakwa jumlah pampasan yang diterima kecil berbanding jangkaan pendapatan yang mampu diterima Walker sebagai bintang filem terkemuka.
Ketika kematiannya, Walker sedang menjalani penggambaran Furious 7, filem ketujuh francais Fast & Furious yang berjaya meraih $1.5 bilion (RM5.9 bilion).
VIDEO: Anak Paul Walker tubuhkan yayasan atas nama bapa
BACA: 'Kecuaian pemandu punca utama kematian Paul, Roger' - Porsche
BACA: Hakim tolak saman ke atas Porsche dalam kes kemalangan Paul Walker
Topic Berkaitan
#Fast and Furious
#Furious 7
#Meadow Walker
#Paul Walker
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan