awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak Shah Rukh Khan, Aryan Khan terlepas pertuduhan miliki dadah

Gempak
Gempak
28/05/2022
21:15 MYT
Anak Shah Rukh Khan, Aryan Khan terlepas pertuduhan miliki dadah
Kisah penangkapan Aryan dan beberapa yang lain menjadi topik hangat hampir di seluruh media massa dunia. - Gambar fail/AP
ANAK kepada pesohor Bollywood, Shah Rukh Khan iaitu Aryan Khan bebas daripada pertuduhan memiliki dadah oleh The Narcotics Control Bureau (NCB).
Aryan bebas daripada pertuduhan memiliki dadah selepas NCB menyatakan kesnya tidak kukuh selain gagal menemui dadah pada pemuda berusia 24 tahun tersebut.
“Tiada dadah berjaya ditemukan pada Aryan Khan,” kata NCB seperti dilaporkan BBC.
Bagaimanapun, pihak berkuasa kekal memutuskan 14 orang lain yang terkait dengan kesalahan memiliki dadah.
Terdahulu, Aryan ditahan bersama beberapa tetamu lain di atas sebuah kapal layar mewah pada Oktober 2021 dengan pertuduhan memiliki dadah.
Dalam serbuan tersebut, NCB mendakwa telah mendapat maklumat mengenai dadah yang ada dalam parti yang turut disertai Aryan dan beberapa sahabatnya.
Selepas penangkapan, Aryan terpaksa meringkuk selama tiga minggu di penjara sebelum bebas dengan jaminan.
Kisah penangkapan Aryan dan beberapa yang lain menjadi topik hangat hampir di seluruh media massa dunia.
Dia bagaimanapun mendapat sokongan penuh bukan sahaja dari keluarga tetapi rakan artis bapanya yang percaya Aryan tidak bersalah, malah tidak pernah menggunakan dadah dalam kehidupannya.
Artikel asal di Gempak.
Topic Berkaitan
#anak Shah Rukh Khan
#Dadah
#gugur pendakwaan
#dibebaskan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan