awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anis Al-Idrus tak kisah jadi tempat luah perasaan Hafiz Hamidun

Gempak
Gempak
07/11/2017
13:53 MYT
Anis Al-Idrus tak kisah jadi tempat luah perasaan Hafiz Hamidun
Bakal muncul dengan single terbaharu ciptaan sepenuhnya Hafiz Hamidun, pelakon Anis Al-Idrus akui sedia terima apa jua kontroversi yang akan timbul.
BAKAL muncul dengan single terbaharu ciptaan sepenuhnya Hafiz Hamidun, pelakon Anis Al-Idrus akui sedia terima apa jua kontroversi yang akan timbul. Anis memberitahu single keduanya berjudul "Tak Guna" itu mengisahkan mengenai luahan hati seseorang kepada kekasihnya dalam percintaan. "Lirik itu ditulis sepenuhnya oleh Hafiz, saya tahu ia akan timbul pelbagai persoalan mengenai kisahnya. "Apa yang saya tahu, ia merupakan luahan hati seseorang kepada kekasihnya yang menghadapi konflik dalam percintaan. "Kisah selanjutnya, saya harap peminat boleh tunggu bila ia dilancarkan pada penghujung tahun ini. "Saya sudah bersedia apa sahaja kontroversi yang mungkin akan terpalit kepada saya. "Lagu itu sudah dirakamkan dan saya harap boleh diterima ramai," katanya kepada Astro Gempak. Single pertama Anis berjudul "Mengapa" telah dilancarkan tahun lalu. Mengulas mengenai bidang nyanyian, Anis memberitahu dia serius dalam bidang tersebut dan mahu ia seiring dengan kerjaya seninya yang lain. "Kalau tanya sekarang apa yang saya fokus, saya sedang fokus dalam semua bidang iaitu lakonan, pengacaraan, nyanyian dan perniagaan. "Saya seorang yang kuat bekerja dan saya tidak boleh duduk diam tanpa membuat apa-apa. "Menyanyi ini salah satunya, selepas ini mungkin ada lagi lagu terbaharu daripada saya dalam bidang ini," katanya lagi. Anis kini sedang sibuk di set penggambaran "Dia Pertama" yang menampilkannya sebagai pengacara yang akan menemuramah mereka yang telah memberi sumbangan kepada masyarakat dalam bidang tertentu
Topic Berkaitan
#Anis Al-Idrus
#Hafiz Hamidun
#kontroversi
#single terbaharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan