Penggiat teater Malaysia dan Singapura bergabung tenaga untuk menghasilkan satu karya yang unik dan menyentuh aspek sosiopolitik kedua-dua negara.

Teater ‘Another Country’ mengisahkan tentang perbezaan dan persamaan antara Malaysia dan Singapura 50 tahun selepas kedua-dua negara ini berpisah.

Kedua-dua negara mungkin dipisahkan oleh sejarah, namun bersatu dalam impian untuk mempunyai kehidupan yang baik.

Diarahkan oleh Jo Kukathas dari Malaysia dan Ivan Heng dari Singapura, ‘Another Country’ dipersembahkan menerusi pertukaran teks dimana barisan pelakon Malaysia mempersembahkan teks dari Singapura dan barisan pelakon Singapura mempersembahkan teks dari Malaysia.

Another Country
Aksi pelakon (dari kiri) Sharifah Amani, Iedil Putra dan Ghafir Akbar ketika sesi latihan. -Gambar: Facebook/Another Country

Penulis drama dari Malaysia Leow Puay Tin dan Alfian Sa’at dari Singapura bertindak sebagai kurator.

Antara teks dari Malaysia adalah karya Jit Murad, Mark Teh dan impian Tunku Abdul Rahman sebelum rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Antara teks dari Singapura adalah cerita pendek karya Catherine Lim dan karya Michael Chiang.

Another Country
Pelakon Singapura (dari kiri) Sharda Harrison dan Gani Karim turut menjayakan teater 'Another Country'. -Gambar: Facebook/Another Country

Barisan pelakon dari Malaysia yang akan menjayakan teater ini terdiri daripada Anne James, Alfred Loh, Ghafir Akbar, Iedil Putra Alaudin, Sharifah Amani.

Manakala barisan pelakon Singapura ialah Gani Karim, Lim Yu-Beng, Janice Koh, Sharda Harrison, Siti Khalijah Zainal.

Another Country
'Another Country' dipersembahkan menerusi pertukaran teks dimana barisan pelakon Malaysia mempersembahkan teks dari Singapura dan barisan pelakon Singapura mempersembahkan teks dari Malaysia. -Gambar: Facebook/Another Country

‘Another Country’ akan dipersembahkan mulai 4 hingga 14 Jun (tiada persembahan pada hari Isnin); 8.30 malam (Selasa hingga Sabtu) dan 3 petang (Ahad) di Damansara Performing Arts Centre, Petaling Jaya.