AKTOR Datuk Aaron Aziz baru sahaja kehilangan neneknya, Kalsom Adbul Karim, pada Jumaat.

Berita pemergian neneknya itu dikongsi oleh Aaron sendiri menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

Menurut Aaron dia bersedih kerana telah kehilangan kedua-dua neneknya pada dua hari Jumaat berturut-turut.

Jumaat lalu, seorang lagi neneknya telah meninggal dunia dan dikebumikan di Melaka.

"Kehiangan kedua-dua nenek saya dalam dua kali Jumaat. Bulan yang amat menyedihkan. Kedua-duanya meninggal dunia dengan tenang ketika hujan sedang turun.

"Tempatkanlah nenek di kalangan orang-orang yang kau kasihi seperti mana nenek ku telah menyayangiku sejak ku kecil lagi.

"Kurniakanlah nikmat Jannah mu Ya Allah kepadanya dan selamatkanlah mereka dari seksa kubur dan azab neraka.

"Another sad Friday for me," luahnya.

Aaron turut berkongsi fotonya bersama neneknya.

Rata-rata mengucapkan takziah kepada Aaron dan berharap agar dia tabah menghadapi dugaan tersebut.