ANUGERAH Emmy 2023 edisi ke-75 yang belangsung pada Isnin lepas di California mencipta beberapa sejarah tersendiri.

Antara yang menjadi tumpuan adalah kemenangan besar drama bersiri Succession arahan Jesse Armstrong telah memenangi enam anugerah termasu drama siri terbaik

Sementara itu, barisan pelakon drama tersebut Kieran Culkin memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama, termasuk Sarah Snook yang berjaya merangkul Pelakon Wanita Terbaik Drama.

Musim pertama The Bear juga mendapat sambutan hebat di kalangan pengundi, turut memenangi enam anugerah, termasuk pelakon utama Jeremy Allen White yang memenangi kategori Pelakon Komedi Lelaki Terbaik.

Selain itu, sejarah tercipta apabila aktres Ali Wong menjadi pelakon berketurunan Asia pertama yang memenangi Emmy dalama kategori utama.

Beliau membawa pulang trofi bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik dalam Siri Terhad menerusi siri Beef yang disiarkan di Netflix.

Turut menjadi tumpuan adalah Quinta Brunson pencipta dan pelakon Siri Koemdi  Abbott Elementary mencipta kemenangan penting dalam sejarah Emmy.

Beliau yang dahulunya merupakan bintang sensasi di internet menjadi pelakon kulit hitam pertama dalam tempoh lebih 40 tahun merangkul kemenangan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik dalam siri Komedi.

Kali terakhir pelakon kulit hitam memenangi anugerah itu ialah pada tahun 1981, apabila Isabel Sanford membawa pulang Emmy untuk peranannya dalam The Jeffersons.

Selain itu, Niecy Nash-Betts menjadi pelakon kulit hitam ketiga yang memenangi Emmy dalam kategori pelakon pembantu terbaik dalam siri terhad, menerusi persembahannya dalam Dahmer – Monster: The Jeffrey Dahmer Story.

Betts turut mencuri tumpuan dengan ucapan kemenanganya yang menyatakan beliau berterima kasih kepada dirinya sendiri yang cekal berjuang dalam industri sehingga berjaya merangkul anugerah tersebut.

Betts juga mendedikasikan kemenangannya itu kepada semua wanita berkulit hitam yang maut dalam beberap siri tembakan rambang yang berlaku di Amerika.

Anugerah Emmy 2023 berlangsung di Peacock Theater Los Angeles, California pada 15 Januri 2024 dan dihoskan oleh Pelakon, Anthony Anderson.

Sebelum ini, anugerah berprestij untuk kandungan televisyen  itu telah ditangguhkan dari 18 September 2023 kepada 15 Januari 2024 susulan mogok berterusan oleh pelakon dan penulis di Hollywood.