PELAKON Diana Danielle yakin dengan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang baharu mampu membantu memulihkan keadaan ekonomi negara yang tidak stabil ketika ini.
Anwar yang sebelum ini pernah menerima beberapa pengiktirafan sebagai Menteri Kewangan terbaik sekitar tahun 90-an, sekali gus membuat Diana bertambah percaya dengan kredibiliti yang ada pada beliau.
Malah, aktres tersebut turut memuji perjuangan yang dibawa Anwar begitu konsisten.
“Saya melihat perjuangan yang dibawa Datuk Seri Anwar dari tahun 1980 hingga sekarang sentiasa konsisten dan perjuangan beliau tetap sama.
“Disebabkan konsisten itu yang buat saya yakin dan timbul kepercayaan dengan beliau sebagai Perdana Menteri.
“Dulu kita nampak beliau merupakan antara menteri kewangan yang terbaik di Asia dan pernah dinobatkan oleh beberapa pertubuhan luar negara sebagai menteri kewangan terbaik.
“Pada saya Malaysia perlu seseorang yang mampu pulihkan semula masalah kewangan yang sedang di hadapi ketika ini dan Datuk Seri Anwar ialah orang yang dapat pulihkan keadaan tersebut.
“Saya hanya berharap sama seperti kebanyakan rakyat Malaysia yang lain, saya tengok keadaan ekonomi yang sekarang semakin surut, maka beliau adalah pemimpin terbaik untuk selesaikan isu berkenaan,” katanya kepada Gempak.
Diana berkata demikian ketika ditemui pada acara Viu Upfront yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dalam masa sama, isteri kepada pelakon Farid Kamil itu berharap, Anwar mampu menyelesaikan masalah korupsi yang berlaku dalam negara.
“Saya hanya melihat daripada sudut ekonomi, saya tidak mengenali beliau secara peribadi.
"Malah untuk katakan seratus peratus perubahan yang positif akan dibawa oleh beliau dan pasukannya, saya tak berani untuk katakan.
“Negara kita sekarang ini memang sedang melalui fasa-fasa yang agak sukar dan mata wang yang tidak stabil.
"Jadi macam mana nak atasi masalah itu kalau masih wujud unsur-unsur korupsi dan racism.
“Saya harap beliau dapat selesaikan juga masalah korupsi dalam negara ini, supaya negara ini bersih daripada isu-isu atau masalah yang tidak elok,” tambahnya. -Gempak
Gempak
Wed Nov 30 2022

Anwar pernah menerima pengiktirafan sebagai Menteri Kewangan terbaik sekitar tahun 90-an, sekali gus membuat Diana bertambah percaya dengan kredibiliti yang ada pada beliau. -Gempak

Panglima tentera darat Australia ketuai penghormatan Hari Anzac di Malaysia
Stuart akan merasmikan Upacara Subuh di Taman Peringatan Sandakan, yang terletak di tapak kem POW Perang Dunia Kedua, pada Hari Anzac.

Enam beranak antara 44 maut akibat serangan udara Israel di Gaza
"Cukuplah... setiap hari ada kematian, setiap hari kami kehilangan orang tersayang."

Konsep MADANI boleh diperluaskan ke peringkat ASEAN - Dr Jemilah
Nilai teras yang diketengahkan dalam konsep itu seperti keadilan dan kemanusiaan adalah sejajar dengan dengan aspirasi ASEAN.

‘BERHENTI Vladimir!’: Trump beri amaran kepada Putin selepas serangan maut di Kyiv
Amaran Trump dikeluarkan selepas Presiden Ukraine merayu kepada sekutunya agar tingkatkan tekanan terhadap Rusia supaya hentikan pencerobohan.

Semua pihak diseru junjung prinsip keadilan, keutuhan pentadbiran - Raja Perlis
Tuanku Syed Sirajuddin bertitah, 25 tahun pemerintahan baginda itu memperlihatkan pelbagai cabaran dan kejayaan.

PRU2025 Singapura: PM Wong seru kekalkan perpaduan ketika PAP mulakan kempen
PM Singapura seru rakyat negara itu kekal bersatu dan tidak membenarkan kuasa luar atau perbezaan pandangan terhadap isu global memecahbelahkan negara.

Presiden Maldives akan lawat Malaysia untuk perkukuh hubungan dua hala
Presiden Maldives Mohamed Muizzu dijadual memulakan lawatan rasmi selama empat hari ke Malaysia mulai Ahad ini.

Usaha pembaharuan Bangladesh dapat sokongan kuat Qatar
Program pembaharuan kerajaan sementara Bangladesh menerima sokongan kuat dari Qatar.

Korea Selatan, AS adakan rundingan perdagangan berkaitan tarif
Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) mengadakan rundingan perdagangan peringkat tinggi di Washington pada Khamis, ketika Seoul berusaha untuk menghapuskan tarif "timbal balik" menyeluruh yang diken

PRU Singapura 2025: Lapan parti layak guna masa siaran untuk kempen
Tempoh masa siaran yang diperuntukkan untuk setiap parti politik adalah berdasarkan jumlah calon yang diletakkan olehnya.

'Tiada layanan dua darjat siasat kesilapan paparan Jalur Gemilang' - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan tiada layanan dua darjat dalam siasatan berhubung kesilapan paparan Jalur Gemilang membabitkan KPM hari ini.

PM Anwar ucap tahniah kepada pelajar cemerlang SPM 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2024.

PM harap Astro AWANI terus membangun inovasi media era AI
PM ucap tahniah atas kemenangan Astro AWANI di Anugerah Digital Media Asia 2025 dan harap terus bangun inovasi media nasional dalam era AI.

Peruntukan RM1 bilion sudah dilulus untuk rancakkan produktiviti padi di Kedah - PM Anwar
Perdana Menteri sekali lagi mengulangi bahawa kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1 bilion bagi merancakkan produktiviti padi di Kedah.

Usaha berterusan perlu dilakukan perkukuh struktur perkhidmatan awam - PM Anwar
Usaha berterusan perlu dilakukan bagi memperkukuh struktur perkhidmatan awam agar kekal mampan, responsif dan sejajar dengan keperluan semasa negara.

PM Anwar ucap takziah buat keluarga Bekas Wanita Pertama Singapura, Noor Aishah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan salam takziah atas pemergian bekas Wanita Pertama Singapura Noor Aishah Mohammad Salim, 91, yang meninggal dunia hari ini.

Tarif Trump: Sidang khas Parlimen 5 Mei depan
Beberapa ahli Parlimen bagaimanapun memaklumkan mereka masih belum menerima sebarang surat pemberitahuan rasmi mengenai sesi tersebut.

Kawalan keselamatan PDRM, agensi berkaitan semasa lawatan Presiden China cemerlang
Perdana Menteri zahir penghargaan kepada PDRM dan agensi berkaitan atas kecemerlangan dalam aspek kawalan keselamatan semasa lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Malaysia.

PM Anwar zahir rasa sedih atas pemergian Pope Francis
Menerusi satu hantaran di Facebook, Anwar menyifatkan Francis sebagai suara moral yang membawa belas kasihan, kerendahan hati dan keadilan dalam dunia yang mencabar.

Pemilihan PKR: Tiada rombakan Kabinet - PM Anwar
Tiada rombakan Kabinet susulan daripada keputusan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.