awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SUKAN
Piala Negara-Negara FIH Wanita 2: Impian Malaysia ke separuh akhir lebur
MALAYSIA
Monsun Barat Daya: Bomba Johor pantau 42 lokasi titik panas
MALAYSIA
Sindiket cetak pelekat palsu imigresen tumpas, lelaki warga Pakistan ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HIBURAN

Aprena Manrose umum cerai, cuba pertahankan 9 tahun perkahwinan namun gagal

Gempak
Gempak
16/06/2025
02:50 MYT
Aprena Manrose umum cerai, cuba pertahankan 9 tahun perkahwinan namun gagal
Aprena dan Afiq mendirikan rumah tangga pada 12 November 2016 dan mereka tidak kurniakan cahaya mata. - Foto Astro GEMPAK
HAMPIR sembilan tahun berkahwin, pelakon Aprena Manrose mengumumkan dia kini sudah berpisah dengan bekas suaminya iaitu Mohd Afiq Hazman.
Bukan lagi suami isteri
Aprena memaklumkan perkara tersebut menerusi perkongsian di Instagram dengan memuat naik beberapa foto dengan Afiq ketika mereka masih bersama sebagai suami isteri.
“BismillahiMasyaAllah… sedih pula bila scroll gambar bersama tetapi hakikatnya kita tidak lagi bersama. Ya, saya bukan lagi isteri kepada Afiq.
“Kalau ada jodoh tak kemana. Selamat tinggal untuk sekarang atau mungkin selamanya,” kongsi Aprena.
Cuba pertahankan
Pada perkongsian yang sama, Aprena juga memberitahu dia sudah mencuba untuk mempertahankan rumah tangganya namun gagal.
“Saya cuba, bertahan, usaha tapi saya gagal. Tiada lagi kita. Terima kasih atas rasa yang diberi. Rasa yang luar biasa. Semoga berbahagia. Saya undur diri dulu,” ujarnya.
Mohon doa
Mohon doa agar dirinya dapat lalui fasa baharu dengan tenang, Aprena berkata dia mengumumkan perkara itu selepas menerima banyak pertanyaan daripada rakan media.
“Sejak beberapa hari ini, banyak media yang hubungi dan bertanyakan tentang status saya. Jadi ini adalah kenyataannya.
“Doakan saya mengharungi fasa yang baru ini dengan tenang ya,” katanya lagi.
Untuk rekod, Aprena mendirikan rumah tangga dengan Afiq pada 12 November 2016 dan mereka tidak kurniakan cahaya mata.
Topic Berkaitan
#artis
#cerai
#Aprena Manrose
#berpisah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami