awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AR Rahman imbau nostalgia 1990-an dalam konsert di Kuala Lumpur

Bernama
Bernama
28/07/2024
06:17 MYT
AR Rahman imbau nostalgia 1990-an dalam konsert di Kuala Lumpur
Penyanyi dan komposer dari India AR Rahman membuat persembahan sempena Konsert AR Rahman Live in Kuala Lumpur 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Komposer muzik India AR Rahman mengimbau nostalgia kepada kira-kira 35,000 penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil menerusi persembahan bertenaga yang menampilkan lagu-lagu popular beliau pada 1990-an.
Konsert Rahman Live in KL 2024 yang bermula pada 8.25 malam itu menampilkan Rahman, seorang penyanyi, pencipta lagu dan penerbit muzik tersohor, mendendangkan lagu popular seperti Jai Ho dari filem Slumdog Millionaire.
Dianjurkan oleh Star Planet, konsert itu dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan serta Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Arul Rajoo Durar Raj.
Semasa konsert itu, Rahman memuji Anwar kerana sikapnya yang mudah didekati dan menyifatkan beliau sebagai "seorang yang simple."
Konsert itu, yang menampilkan gabungan lagu-lagu Hindi dan Tamil, telah dibawakan bersama oleh Thamarai Jewels dan SRM International Real Estate LLC.
Penonton terhibur dengan persembahan penyanyi dan komposer dari India, Ar Rahman sempena Konsert AR Rahman Live in Kuala Lumpur 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur. - Foto Bernama
Penonton terhibur dengan persembahan penyanyi dan komposer dari India, Ar Rahman sempena Konsert AR Rahman Live in Kuala Lumpur 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur. - Foto Bernama
Penyanyi Tamil popular Mano telah membawakan lagu Mukkala Mukkabla dari filem Kadhalan serta beberapa lagu lain gubahan Rahman untuk filem Thiruda Thiruda dan Muthu.
Penyanyi Srinivas dan Swetha Mohan pula mendendangkan beberapa lagu popular dari filem Padayyappa.
Rahman turut mengetengahkan projek kumpulan meta beliau iaitu Secret Mountain yang menggabungkan muzik, animasi dan penceritaan interaktif secara maya.
Beliau memulakan kerjaya dalam industri perfileman India pada 1992 dan diraikan sebagai antara pemuzik paling berpengaruh di negara itu serta telah memenangi dua anugerah Akademi untuk karyanya pada tahun 2009 menerusi filem Slumdog Millionaire.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AR Rahman
#pemuzik India
#konsert
#Stadium Nasional Bukit Jalil
#nostalgis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan