awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kos bahan binaan meningkat pada Disember 2025, seiring harga simen, pasir - Perangkaan
Rapid Penang peroleh 240 bas elektrik bermula tahun ini - Loke
Dadah lebih RM1.1 bilion dirampas, 20,540 suspek ditahan di KL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ariana Grande disaman paparazi

Agensi
Agensi
16/05/2019
01:42 MYT
Ariana Grande disaman paparazi
Ariana Grande berdepan tuntutan saman berjumlah ratusan ribu ringgit selepas memuat naik gambar yang dirakam oleh seorang paparazi tanpa kebenarannya. - REUTERS/Fail
Seorang jurugambar paparazi memfailkan saman ke atas Ariana Grande selepas penyanyi popular itu memuat naik gambar di akaun Instagram miliknya tanpa kebenaran lelaki berkenaan, pada Isnin.
Robert Berbera yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat, merakam gambar Grande semasa penyanyi genit itu berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan membawa sebuah beg dengan tulisan "Sweetener" pada tahun lepas bersama kapsyen "happy sweetener day".
View this post on Instagram
comfy merch n stuff http://shop.arianagrande.com
A post shared by Ariana Grande (@arianagrande) on
Aug 19, 2018 at 9:15pm PDT
Dua keping gambar milik Barbera dimuat naik oleh Grande pada 17 Ogos lalu selepas melancarkan album bertajuk Sweetener.
Gambar berkenaan yang masih lagi tidak dipadamkan menerima sekitar 2.38 juta tanda suka.
"Grande melanggar hakcipta Barbera dengan memuat naik foto secara umum di lama Instagram miliknya. Grande tidak pernah diberi kebenaran atau mempunyai hak untuk berbuat demikian menggunakan gambar berkenaan," tulis Barbera dalam tuntutannya.
Justeru, Barbera memfailkan saman ke atas Grande atas faedah yang diterimanya daripada gambar berkenaan iaitu US$25,000 (sekitar RM104,000) bagi setiap gambar.
Grande bukan selebriti pertama berdepan dengan kes saman kerana menggunakan gambar yang diambil oleh paparazi tanpa kebenaran, lapor BuzzFeed News.
Januari lalu, model Gigi Hadid turut disaman oleh sebuah agensi selepas memuat naik gambarnya di laman media sosialnya yang mempunyai 44 juta pengikut.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Ariana Grande
#Instagram
#Media
#media sosial
#model
#New York
#paparazi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan