awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Artis lelaki pernah hancurkan hati Hairul Azreen - "Saya ingat sampai hari ini"

Gempak
Gempak
04/09/2023
01:00 MYT
Artis lelaki pernah hancurkan hati Hairul Azreen - "Saya ingat sampai hari ini"
Hairul berkata, dia sering terserempak dengan artis seperti Apek Senario dan Datuk Afdlin Shauki yang dikerumun peminat dan sejak itu mula berazam mahu menjadi selebriti. - Gambar Gempak
PELAKON Hairul Azreen berkongsi pengalaman dia pernah bekerja menjadi jurujual jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum bergelar selebriti.
Hairul berkata, dia sering terserempak dengan artis seperti Apek Senario dan Datuk Afdlin Shauki yang dikerumun peminat dan sejak itu mula berazam mahu menjadi selebriti.
“Saya kerja jual jam di KLIA, masa saya kerja domestik kan… saya nampak artis lalu nak pergi Langkawi. Saya nampak Apek Senario, nampak Afdlin Shauki.
“Jadi saya macam ‘uish bestnya jadi artis, semua orang pandang’. Kalau jadi artis ini kan best kalau kata orang ambil gambar aku... itu saya dah mula minat tapi saya tahu saya tak layak.
“Sebab saya tahu saya tak boleh menyanyi, kalau macam artis yang saya tahu, satu benda menyanyi,” katanya ketika menjadi tetamu di podcast aktres Amelia Henderson.
Dalam pada itu, Hairul turut mengimbau kejadian yang memalukan apabila ditolak seorang artis ketika ingin bergambar buat kali kedua dan insiden itu turut membuatkan hatinya hancur.
“Ketika itu juga satu kejadian yang menimpa saya yang saya ingat sampai hari ini. Ada satu artis ini, masa itu saya pakai handphone 6600. Jadi, saya jumpa artis ini, saya cakap ‘bang nak ambil gambar’.
“Dia panggil, duduk sebelah dia. Lepas itu, tahu tak handphone itu kalau ambil gambar kena tunggu tiga saat baru dia klik. Orang yang ambil gambar ini pun ngok juga.
“Dia ambil, dia tekan, dia letak tepi. Jadi gambar itu macam blur (kabur) la. Jadi saya minta dekat artis itu untuk sekali boleh tak… dia tolak saya. Ini cerita betul.
“Dia tolak saya, dan hati saya yang minat dia macam ‘kau la idolah aku’ hancur. Perasaan saya masa itu, ‘kalau aku jadi artis, siapa nak ambil gambar dengan aku, aku takkan tolak sebab kau’,” kongsinya.
Enggan menyebut nama artis tersebut, Hairul turut mendedahkan, individu itu kini mencuba untuk berbuat baik kepadanya. - Gempak
Topic Berkaitan
#jurujual jam
#menjadi selebriti
#mengimbau kejadian
#mendedahkan individu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan