awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
Presiden Filipina Marcos kata kesihatan semakin baik, doktor berikan penilaian positif
Moksu Bedak Sejuk maut dilanggar kereta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Arwah alami kekejangan lepas solat Subuh" - Isteri Nabil Zamanhuri

Gempak
Gempak
26/05/2024
08:16 MYT
"Arwah alami kekejangan lepas solat Subuh" - Isteri Nabil Zamanhuri
Arwah Nabil telah meninggalkan isteri, Adelia Citra Hapsari dan dua cahaya mata. - Gempak
ISTERI kepada bekas pengacara dan penyanyi, Nabil Zamanhuri, Adelia Citra Hapsari, 36 memaklumkan suaminya itu dipercayai mula menunjukkan tanda kurang baik ketika selesai menunaikan solat subuh, pagi tadi.
CPR, hubungi 999
Kata Adelia, Nabil mengalami kekejangan ketika sedang menunggunya selesai mengambil wuduk di bilik air.
“Sewaktu pagi tadi, dia dah bangun dan solat dia baring sebelah saya dan ketika saya ingin solat subuh, selepas ambil wuduk saya dah nampak dia kejang.
“Pada awal saya ingat dia sedang bermain bersama anak bila saya lihat dia kejang saya mula panik dan buat CPR, saya telefon 999 dan mereka guide saya untuk buat CPR.
“Kemudian jiran saya juga datang untuk bantu buat CPR kemudian ambulan datang bila tengok di monitor dah tak ada dah line,” katanya ditemui di Unit Perubatan Forensik, Hospital Ampang, pada Ahad.
Mengulas mengenai punca kematian, Adelia berkata, dia bersama ahli keluarga lain masih menanti keputusan daripada unit forensik.
“Kami masih menunggu keputusan daripada unit forensik tapi doktor cakap kemungkinan jantung,” tambahnya lagi.
Sakit perut
Bagaimanapun, ibu kepada dua cahaya mata itu menjelaskan, arwah pernah mengadu sakit di bahagian perut sejak beberapa bulan lalu, namun tidak pasti punca sebenar di sebaliknya.
“Sebelum ini, dia ada mengadu sakit sikit-sikit termasuk di bahagian perut sejak dua atau tiga bulan lalu. Tapi, perkara itu datang pada masa tertentu sahaja. Jadi, sekarang kami tengah tunggu 'post-mortem' daripada unit forensik,” katanya.
Terdahulu, Nabil yang juga naib juara program realiti, Mentor musim pertama dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Bukit Indah, Ampang, dekat sini, pagi tadi.
Arwah Nabil telah meninggalkan isteri, Adelia Citra Hapsari dan dua cahaya mata.
*Artikel disiarkan di Gempak
Topic Berkaitan
#Nabil Zamanhuri
#isteri meninggal dunia
#solat subuh
#Pengacara
#mentor
#alami kekejangan
#Adelia Citra Hapsari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan