awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ashraf Muslim pilih rahsiakan jantina anak ke-4

Gempak
Gempak
29/07/2018
11:45 MYT
Ashraf Muslim pilih rahsiakan jantina anak ke-4
Pelakon itu mempunyai tiga cahaya mata bersama kedua-dua isterinya iaitu Sarah Ashraf, Anas Ashraf dan Adam Ashraf.
BARU-BARU ini, pelakon Ashraf Muslim telah berkongsi khabar gembira bakal menimang cahaya mata keempat hasil perkahwinan dengan isteri kedua, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 34, melalui laman sosial Instagram miliknya.
Menurut Ashraf atau nama sebenarnya Muhd Ashraf Muslim, 37, usia kandungan isterinya kini mencecah tujuh bulan dan dijadualkan melahirkan anak pada September ini.
"Alhamdulillah, kandungan Sakinah berada di dalam keadaan yang baik dan sihat," katanya.
Ketika ditanya mengenai jantina bayi di dalam kandungan, pelakon tinggi lampai ini masih merahsiakannya daripada pengetahuan umum.
"Saya sudah mengetahui jantina anak saya, cuma tidak mahu dikongsikan sehingga hari bayi itu dilahirkan.
"Seeloknya, kita tunggu bayi keluar dulu dan saya akan umumkan nama dia juga pada masa itu," katanya kepada Gempak.
Ashraf mempunyai dua isteri iaitu Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi.
Pelakon itu mempunyai tiga cahaya mata bersama kedua-dua isterinya iaitu Sarah Ashraf, Anas Ashraf dan Adam Ashraf. - Teks: Noor Zulaikha Yusof
Topic Berkaitan
#anak
#Ashraf Muslim
#bayi
#Instagram
#laman sosial
#Noor Dayana Lokman
#perkahwinan
#Wan Sakinah Ahmad Saburi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan